1. Di awal filem, kita ditunjukkan dengan seorang budak, Britt memegang patung superhero di luar tingkap kereta. Sewaktu budak itu masukkan tangannya kembali ke dalam kereta, kedudukan tingkap yang satu aras dengan dahi budak tersebut tiba tiba meninggi lebih dari kepala secara tiba tiba.
2. Malah, beberapa ketika lepas itu, sewaktu Britt itu masuk ke dalam pejabat, dia pegang patung superhero dengan keadaan badannya membelakangi Britt. Namun, waktu dia duduk dan syot bertukar, badan patung itu tiba tiba menghadap muka Britt.
3. Malah, sewaktu patung itu ditarik, ayah Britt tersebut tidak pegang pun kain kuning di belakang patung tersebut. Namun, sewaktu hendak cabut kepala patung, kain tersebut tiba tiba terselit di dalam pegangannya.
4. Jarak dua objek di atas meja Dany Crystal Cleer ini berbeza dalam dua syot berbeza. Kedudukannya tidak konsisten sehingga habis babak.
5. Malah, objek itu yang pada awalnya berada dalam barisan melintang dilihat berubah kedudukan menjadi memanjang ke depan semasa Chudnofsky beredar.
6. Kedudukan suratkhabar atas badan Britt tiba tiba berubah selepas ayahnya cakap ‘stop taking girls into my garage!’
7. Sewaktu Britt marah pasal kopi, bayang yang bercorak ‘X’ tiba tiba bertukar jadi lurus. Bayang itu kemudian tiba tiba memendek dalam close-up syot. Mesti babak simple macam ni lama nak mampus nak difilemkan kan?
8. Bayang tiang tiba tiba hilang lepas tukar syot.
9. Penutup botol yang terbang itu memang sah sah CGI. Tapi, malang sungguh diorang lupa letak penutup botol yang real dalam syot seterusnya. Penotop botol tadi hilang, tidak kelihatan di mana mana sudut lantai.
10. Posisi Lenore yang tangannya memegang lutut berubah secara tiba tiba. Malah, begnya yang terbaring bertukar menjadi menegak dan menampakkan tali begnya.
11. Sewaktu Kato bakar tempat dadah, api tidak kelihatan di atas tanah. Namun, syot seterusnya menunjukkan satu alur api dari depan kereta Britt dan Kato yang menghala ke dua arah; rumah dan pokok. Malah, api yang hanya berada di bahagian kiri pintu juga tiba tiba menutupi keseluruhan ruang pintu.
12. Chudnufsky letak pistolnya atas meja. Namun, sewaktu dia tengok kad, pistol di atas meja tidak kelihatan.
13. Sewaktu Kato tolak Britt dalam kolam, ada sebiji bola atas kerusi yang tak terusik. Namun, syot seterusnya menyaksikan bola tersebut bergolek ke arah kolam, sebelum kembali berada di atas kerusi kembali semasa Britt naik dari kolam.
14. Nota kuning dan putih yang berjauhan tiba tiba menjadi rapat dalam syot seterusnya.
15. Kot yang pada awalnya kemas di badan, kemudiannya dilihat terbuka (ditiup angin) secara tiba tiba selepas bertukar syot. Malah, tangannya juga tiba tiba berada di atas dinding secara tiba tiba.

No comments:
Post a Comment