1. Sewaktu Rebecca bagi ubat kat Sara, bantal Sara yang leper tiba tiba meninggi mendedahkan tag bantal yang tidak kelihatan sebelum ini. Tag tersebut hilang tiba tiba dalam syot seterusnya.
2. Sewaktu Tracy ajak Sara keluar, jelas dilihat bahawa adegan Rebecca dan Sara duduk di atas katil sebenarnya terhasil dari dua kali syot. Perhatikan bantal yang Rebecca sedang sandar. Awalnya bucu bantal sedikit berlipat (gambar atas). Namun, lepas tukar syot Tracy di muka pintu, kedudukan bucu bantal tiba tiba menjadi kemas(gambar tengah.) Bucu bantal yang sedikit berlipat di awal babak muncul kembali dalam syot selepas itu (gambar bawah).
3. Malah, semasa Rebecca cakap ‘club are not really my thing’, dia bangun dan bantal tersebut jatuh di belakangnya. Namun, syot seterusnya menunjukkan bantal itu hilang entah kemana tanpa diambil sesiapa. Bantal itu muncul kembali semasa Tracy duduk di atas katil Sara.
4. Sudu dalam cawan Sara yang menegak dalam cawan tiba tiba berada di atas piring cawan lepas tukar syot (gambar bawah). Namun, sudu tersebut kembali berada dalam cawan Sara secara tiba tiba selepas itu.
5. Tangan Rebecca pada asalnya tidak kelihatan memegang rambut wanita tersebut sewaktu adegan cium dalam tandas (gambar atas). Namun, syot seterusnya menunjukkan tangannya berada di bahu wanita tersebut sambil memegang rambutnya secara tiba tiba.
1 comment:
wahh, teliti betul you cari kesilapan movie-movie tu yahh :)
Post a Comment