Jom kita akhiri 2010 dengan melihat kecuaian yang dikesan dalam filem muzikal Edrie Abdul Halim, Magika!
Semasa Malik jatuh ke dalam telaga, dapat dilihat bahawa tiada dinding telaga pecah (jatuhan Malik tidak memecahkan telaga). Namun, semasa Ayu datang, separuh dari dinding telaga sudah pecah.
Darah putih Mahsuri di muka Ayu yang hanya terpercik sedikit tiba tiba menjadi banyak semasa Mahsuri rebah.
Sewaktu Ayu pegang tangan Hang Tuah, secara tiba-tiba lipatan atas tengkolok yang ada dua lipatan menjadi satu lipatan. Lipatan tengkolok menjadi dua lipatan semula beberapa saat kemudian.
Rambut Puteri Gunung Ledang yang berada berada di belakang bahu kiri berada di hadapan secara tiba-tiba sebelum kembali berada di belakang semula semasa Bendahara sebut Beg Tangan Gucci. Semasa burung utusan datang pun, rambut Puteri Gunung Ledang (di bahu kiri) kejap dihadapan kejap di belakang.
Sekali lagi, selepas lagu Rahsia Awet Muda. Sewaktu Nenek Kebayan mengelilingi Puteri Gunung Ledang, dapat dilihat rambut Puteri Gunung Ledang ada di harapan bahu kanannya. Semasa Nenek Kebayan berikan botol jamu, rambut di hadapan bahu kanannya hilang sebelum muncul kembali selepas selepas Puteri Gunung Ledang selesai meneguk.

Waktu Orang Minyak cakap, ‘Dulu kecik, sekarang dah besar’, dapat dilihat barisan botol minyak disusun cantik. Namun, selepas itu beberapa botol minyak hilang entah kemana tanpa siapa pun membelinya. Botol minyak kembali muncul apabila Badang beri amaran supaya jangan kacau Ayu.
Terdapat tiga bakul besar berdekatan kereta lembu dalam versi CGI rumah Nenek Kebayan. Semasa Badang dan Ayu masuk, hanya satu saja bakul kelihatan.
Botol muntah hantu milik Badang yang berada dekat saja dengan mulut Badang, (semasa Malik, Ayu dan Badang berbual di rumah Badang) sekejap ada sekejap tak ada sehingga Badang selesai minum. Malah, sepanjang babak, di satu sudut (gambar atas), Badang seperti kelihatan hendak minum. Namun, di satu sudut lagi (gambar bawah), Badang kelihatan tidak berbuat apa apa pun.Keadaan berterusan sehingga habis babak.
Selamat tahun baru 2011
15 comments:
kesilapan begitu...mmg ssh penonton nk npk.... tp awk npk kan??? hehehe
nice info....tahniah :)
huhuh.. tak perasan sangat waktu tgk..detailnye~~
Wah!
Kesilapan yang kecik mcm cacing pun boleh nampak.
Mata memang terbaek!
Huhu.
ade satu lagu....pada 2:26 Diana Danielle paggil Dato' Jalaluddin Hassan PAPA tp pada 2:46 Dato' Jallaludin Hassan membahasakan dirinya AYAH
wahh tajamnyerr mata:D
rajin plak pegi belek2 muvi tu.. heheh.
nice.. da follow pun
hamboi..cari yang silap je ye..
perghh...perasan plak ek..bagus la mata tajam ;)
Bnda 2 sbenarnya bkn kesilapan. Kn mawi a.k.a badang kata "tiada apa yang mustahil dalam dunia magika". Haha..
kesalahan2 dalam filem itu kan normal.apalagi kalau soal rambut yang sentiasa berubah posisinya,mungkin saja kerna gerakan yg terjadi.
btw,leh gak layan kecuaian nih.
tp ade satu part masa tgn badang luka yg scene tepi tasik tu saya ada perasana masa tgk citer nie..kjap kain tu ada kejap x der..
kesilapan plg byk kt diana.. byk kali seluar kotor tetiba bersih balik.. magick btol
ada lagi 1 babak time tagan badang luka kene ikan kt bubu..lepas2 kene balut dgn kain..pas2 tibe2 kain balut 2 hilang..pas2..tibe2 kain balut 2 ade balik..time menyayi lagu duet dgn badang..
time aku tgk crite ni pun aku x perasan kesalahan yg d buat hehe
Post a Comment