Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, December 3, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)



Jom tengok pulak beberapa benda yang korang tak perasan semasa menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak.

Bantal Pak Sudir berubah kedudukan secara tiba-tiba. Sedar atau tidak, bantal biru tersebut ada bulatan putih di sebelah kiri dan dua garisan putih di sebelah kanan sewaktu babak bomoh siam (gambar atas). Namun, bila Pak Mor datang berubat dan letak ranting kayu kat atas badan Pak Sudir, bulatan putih berada di atas sebelah kanan bantal, dan dua garisan putih itu berada di sebelah kiri bantal (gambar bawah).

Sewaktu Wati sedang basuh kain kat sungai, kain pink / ungu tidak kelihatan semasa Punai mengintai dari jauh (gambar atas) walaupun kain itu terkeluar dari baldi dan hampir menyentuh batu. Kain pink / ungu itu tiba-tiba kelihatan dalam syot seterusnya. Bila Punai berada di tepi sungai, kain pink / ungu yang membentuk dua bucu tajam berada dalam keadaan berbeza.

Masih dalam scene Punai & Wati lagi, kali ini fokus kita adalah kepada pencedok air. Di setiap syot berlainan, keadaannya berubah-rubah. Kejap di kiri, kejap di kanan, dan kejap ke depan.

Ikatan Johan berubah-ubah. Pada awalnya, ada lingkaran tali dari lengan kanan menyilang ke leher kiri. Syot seterusnya pula, lingkaran tadi tiba-tiba hilang dan hanya ada ikatan dilihat di bahu kanan Johan. Kemudiannya, bila Punai datang buka ikatan, ikatan bersilang 'x' kelihatan.


Selendang Wati yang dililit di leher menyelimuti seluruh bahunya secara tiba-tiba.

3 comments:

najwa's said...

wah, telitinya... tak pasan pun time tengok... :D

Anonymous said...

bodoh sial ko ni..pathetic..ko ingat filem ni macam gambar ke? pandai ko tipu orang..cerita bergerak, mesti ade pergerakan, mesti ade perubahan pada objek..

Anonymous said...

betul2!
apekebenda lah ko nie
aku ingtkan movie mistake mcm kat hollywood tuh

blank n nerd la ko nie