Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, October 16, 2013

Lagenda Budak Setan: Katerina (2012)

 
1. Rambut yang berada di sebelah kiri tetiba ada di belakang sebelah kanan lepas tukar syot. 

2. Kedudukan bantal berbeza di antara syot. 

3. Tangan berubah ubah kedudukan di antara syot. 

4. Kalung Katrina yang tersangkut di kolar tiba tiba saja ok tanpa siapa pun betulkan. Lihat keadaan kolar ketika dia kata tentang ‘menggatal, ada hati nak cari lain.’ 

5. Jaga tolak Hisham ke belakang keretanya. Tukar syot, dia berada di tepi keretanya tiba tiba. 

6. Anak Kasyah yang tenang masa awal syot tetiba jadi aktif selepas tukar syot. 

7. Kepala anak Kasyah tetiba terdedah tiba tiba selepas tukar syot. Sebelum tu, kepalanya jelas tertutup dengan kain. 

8. Selepas Kasyah bangun dari tidur, buku jatuh diantara dua paha. Tukar syot, buku tiba tiba ada di tepi paha. 

9. Tangan Iskandar yang ada di bahu kanan Kasyah hilang dan berada di tepi lengan kiri selepas tukar syot. 

10. Kasyah buka pintu untuk Kate. Pintu dibuka dari sebelah kanan. (tombol pintu di sebelah kanan). Tukar syot, Kasyah tutup pintu dari sebelah kiri. (seolah tombol pintu di sebelah kiri pula). 

11. Begitu juga masa Kasyah masuk semula. Dia buka pintu dari sebelah kiri. Tukar syot dalam bilik, pintu terbuka dari sebelah kanan.

No comments: