Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, November 25, 2012

Leftwings (2012)

1. Tangan member Dino ni tiba tiba je pegang kamera dalam syot satu lagi. Sedangkan masa dia jalan tu, jelas tangannya tidak memegang kamera. 

2. Glove kat depan laptop tiba tiba ada tepi laptop lepas tukar syot. 

3. Cara duduk berubah tiba tiba selepas tukar syot. 

4. Helmet yang menghadap ke tepi tiba tiba menghadap ke depan. 

5. Tangan Otai turun ke bawah sikit masa dia perkenalkan Uncle Dol. Tukar syot, tangannya di belakang Uncle Dol naik balik dekat bahu. 

6. Kaki Otai yang bersilang tiba tiba tak bersilang lagi lepas tukar syot. 

7. Tangan kat paha tetiba ada kat atas cermin lori. 

8. Rambut yang berada di bahu kiri tetiba berada di bahu kanan lepas dan berada di bahu kiri balik. 

9. Rudi yang ada tepi Uncle Dol hilang tiba tiba dan muncul kembali dalam syot seterusnya. 

10. Kereta hilang. 

11. Tangan kat belakang hilang dan muncul semula dalam syot seterusnya. 

12. Beg gitar yang menyenget tiba tiba tegak dalam syot seterusnya. 

13. Pastu, tiba tiba saja yang tegak jadi lembik jer masa Anton selesai setup gitar. 

14. Member Dino yang dok kalut dari adik dia tu dah sampai dah kat mamat tu, tukar syot, dia baru berlari nak ke arah mamat tu semula.

No comments: