Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, November 28, 2012

Twilight: Breaking Dawn Part 1 (2011)

1. Bela pusing menghadap Edward. Tukar syot je, masa hadirin belum sempat duduk lagi, dia pandang depan pulak. 

2. Kuntum bunga kat tangan Bella hilang tiba tiba tanpa siapa pun ambik dari tangan dia. 

3. Tangan Esme yang ada kat belakang tiba tiba ada kat depan. 

4. Bini Charlie pulak tetiba je dekat dengan bahu. Padahal sebelum tu jauh kot. 

5. KANTOI: Masa Bella kahwin, dia pakai kasut tumit tinggi. Buktinya, dia dok test kasut tumit tinggi dengan Rosalie. Tapi, masa dia jumpa Jacob, korang akan perasan Bella pakai kasut sneakers. 

6. Tangan Edward tetiba ada kat leher Bella sambil pegang rambutnya tiba tiba lepas tukar syot. 

7. Tangan kiri Edward yang berada di tengah belakang tetiba ada kat hujung baju Bella. 

8. Kasut Bella hilang dari kakinya masa Bella terjun dari waterfall. 

9. Rambut yang melilit lengan hilang tiba tiba. 

10. Malah, rambut didadanya yang melingkar panjang tiba tiba jadi pendek dalam syot seterusnya. 

11. KANTOI: Masa Bella call Rosalie, dia sebenarnya tak tekan papepun. Hp masih dalam keadaan ‘lock’. Perhatikan skrin handphone yang masih dalam keadaan ‘lock’. 

12. Darah di pipi kanan Edward skejap ada sekejap takde between syot. 

13. Rambut Bella yang ada kat bawah tetiba ada atas dada.

No comments: