Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, March 5, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap (2012)


1. Semasa Puteri turun dari udara setelah dilepaskan Hantu Kicap, korang akan nampak hujung tali yang digunakan untuk menggantungkan Puteri untuk adegan ini. 

2. Syot dari belakang mak ayah tiga orang budak nakal ni menunjukkan ada satu bayang menimpa atas jaket keselamatan si bapa. Namun, dari syot depan, tak ada sebarang objek yang mungkin menyebabkan bayang di atas jaket keselamatan itu. Itu mungkin bayang objek2 krew filem. 

3. Semasa Aminah, mak kepada Azri, Epoi dan Rina memperkenalkan cucu-cucunya kepada Mak Temah, awalnya dia masih pegang beg biru. Namun tukar syot, tangan kanannya tidak pula memegang beg biru. Tukar syot , dia pegang beg biru kembali. Keadaan sekejap pegang beg biru sekejap tak pegang apa apa berubah ubah sampai habis babak. 

4. Pelampung yang berada di tepi jeti bergerak jauh tiba tiba lepas tukar syot. 

5. Kemudian, pelampung yang jauh itu rapat ke jeti kembali semasa Rina bertinggung di jeti. 

6. Benda kuning yang dibawa oleh Azri hilang dari atas jeti semasa Rina tolak pelampung Epy ke tengah tasik. 

7. Selipar tali kuning hilang dan kain biru muncul di atas jeti. 

8. Semasa Puteri meracau, tong putih tiba tiba saja berada di tepi Rina. Tukar syot balik tong putih tadi yang ada di kanan Rina berada di kiri Rina pulak! 

9. Beg yang dibawa Azri yang digalas di belakangnya tiba tiba berada di depannya. 

10. Asap yang berada di muncung botol hilang tiba tiba. Hanya ada satu saja botol yang tidak diikat dengan kain merah di atas meja itu. Pastinya botol yang sedikit kabur dalam satu syot itu adalah botol yang dibuka oleh Epoi. Asap muncul kembali semasa Epoi menjerit. 

11. Tangan budak kampung yang berada di atas cermin motor tiba tiba berada di atas tiang jeti sebelum berada di atas cermin motor kembali dalam syot seterusnya. 

12. Tiba tiba saja barisan botol muncul semasa syot botol kicap pecah di atas lantai. Barisan botol itu hilang semula bila hantu botol kicap keluar. 

13. FAKTA @ AUTA: Hampir ke hujung cerita, Mak Temah suruh Epoi ambil tong untuk isi hantu botol kicap. Di awal filem, hantu botol kicap ini hanya boleh dipenjara dalam botol kicap kerana menurut kata Mak Temah, dia takut botol kicap. Jadi, sepatutnya tong itu bukanlah idea bijak untuk penjarakan hantu kicap. Lainlah kalau tong tu memang tong kicap.

No comments: