Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, February 20, 2012

Sumpahan Kum Kum (2012)

 1. Tandas yang kelam tiba tiba saja cerah semasa pasangan ini masuk cari Tini. 

2. Semasa Tini salam Mak Leha, tangan ibunya yang berada di belakang badan Tini hilang lepas tukar syot. 

3. Tangan Mak Tom, ibu Adi yang berada di atas perutnya berada di tepi secara tiba tiba semasa tingkap terbuka dengan sendirinya. 

4. Semasa Mila berjalan dan ke luar kilang, anda akan perhatikan ada sebuah kereta sedang parking di tepi jalan. Semasa abang Bidin datang dengan motornya, kereta itu hilang. 

5. Korang akan perasan yang bumbung yang dibuka semasa awal babak tak sama dengan bumbung yang diambil dari syot bawah. Perhatikan palangnya. Berbeza bukan? 

6. Semasa Adi menutup tingkap, bantal yang dia baringkan diri yang berada di sebelah isterinya sudah berganjak ke belakang isterinya akibat ditolak paha Adi. Namun, tukar syot, bantal tersebut berada di tepi isterinya kembali secara tiba tiba. 

7. TRIVIA: Syot pekerja kilang yang melambai lambai semasa Mila dah cantik, dan syot pekerja kilang yang melarikan dir dari Mila sebab muka hodoh dilakukan pada hari dan waktu yang hampir sama. Buktinya, perhatikan kereta kancil yang sama semasa Mila dah cantik, dan Mila yang hodoh sebelum tu. Sama. Padahal jarak masa Mila yang hodoh bertukar jadi cantik tu mungkin makan masa beberapa hari. 

8. Buku yang jatuh dalam keadaan terbuka tiba tiba tertutup dalam syot seterusnya sebelum terbuka kembali dalam syot seterusnya.

2 comments:

Unknown said...

superb~
is baru tengok sekerat ceta ni... nak sambung tngok xdan lagik...hehe

wan_cikgumuzik said...

terrbaeekkkk..!! ko memang teliti dlm pemerhatian,,, tahniah..!!