Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, February 22, 2012

Bujang Terlajak (2012)


1. Jibab duduk dekat sangat dengan kereta menjilat lollipop. Namun, dalam syot satu lagi, kedudukan Jibab amat jauh dari kereta. Kedudukannya sekejap dekat sekejap jauh between syot. 


2. Tangan Johan yang berada di kepalanya tiba tiba diluruskan di atas lengan sofa selepas tukar syot. 


3. Semasa Nabil panggil orang untuk datang tengok pertunjukkan, tangan kanan Johan kosong. Namun, tukar je syot, tangan Johan dilihat memegang seutas tali dan melepaskannya ke atas meja. 


4. Johan yang berada di sebelah kanan yang tunduk tiba tiba berada di belakang selepas tukar syot. 


5. Kedudukan kanak kanak tadika nampak seperti berbaris semasa ucap ‘good morning’ manakala dalam syot lain nampak seperti berkumpul dalam satu bulatan. 


6. Jibab melihat rombongan masuk ke rumah dengan berdiri di belakang kain tirai. Namun, syot seterusnya menunjukkan syot Jibab brada di tepi kain tirai, dan berjalan terkedek-kedek ke dalam rumah. 

7. EQUIPMENT VISIBLE: Bayang boom mic kelihatan di cermin kereta puteri semasa keretanya bergerak.