1. Kedudukan kepala beg bangkai ayam berubah tiba tiba lepas tukar syot.
2. Selendang oren yang dililit di leher terjurai ke bawah dalam syot seterusnya sebelum melilit kembali lehernya. Perhatikan lilitan yang kedua selendang itu.
3. Semasa Pet turun motor, tengkuk motor beralih ke arah kiri. Namun, dalam syot seterusnya, tengkuk motor beralih ke kanan secara tiba tiba.
4. Straw sekejap menghala ke arah kekasih Mie dan sekejap menghala ke arah lain dalam satu syot.
5. Semasa Pet bawa hantu Siti, kepala Siti berada di sebelah kanan Pet. Jika kepala Siti sudah berada di sebelah kanan, maka sudah tentu wajah Siti akan muncul di cermin kanan. Namun, dalam syot seterusnya, bayang Siti muncul di sebelah cermin kiri.
6. Sebuah batang bulat kertas yang dilepaskan atas lantai semasa Pet masuk rumah jadi leperdalam satu syot dan kembung balik dalam syot seterusnya secara tiba tiba.
7. Pet bawa lampu suluh tetapi lampu suluh tak berada di tangannya semasa mereka berempat berada di dalam hutan.
No comments:
Post a Comment