Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, February 13, 2012

Sesuatu Yang Tertinggal (2012)


1. Semasa tok bomoh ni bawa cermin atas badan pesakit, kain kuningnya berada di tepi pesakit. Bila tok bomoh tarik hantu dari muka pesakit, terus kain kuning terlilit di lehernya secara tiba tiba. Kain kuning hilang sekejap di leher lepas selesai hantu ditarik ke dalam cermin dan muncul semula lepas itu dalam syot seterusnya. 

2. Semasa Pak Amin berbual dengan Fakri, kelibat Arshad sedang berdiri di tepi pintu dengan dua orang lagi anak yatim tidak kelihatan sedangkan mereka sedang berdiri di tepi pintu bas. Lagipun cermin depan bas memang cerah dan nampakkan keadaan dalam bas. 

3. FAKTA @ AUTA: Arshad cuba buka pintu almari tetapi memang tak dapat buka. Tahu kenapa? Perhatikan tangan kirinya yang ditekan atas daun pintu almari yang ditarik. Macam mana nak buka almari tu kalau tangan kanan menarik ke depan, dan tangan kiri menekan daun pintu tu. Kih3. 

4. Kedudukan buku hitam atas meja berubah ubah between syot. 

5. Tangan Mona yang berada di bawah tiba tiba bermain main di bag selepas bertukar syot. 

6. Semasa Bella cakap ‘see, magic tak?’, syot jauh menunjukkan tangannya didepa. Namun, dalam syot depan, tangannya kirinya berada di bawah ketiak tangan kanan secara tiba tiba. 

7. Leher baju kurung Mona sekejap terbuka sekejap tertutup di antara syot. 

8. Rambut Murni di hadapan bahu kanannya tiba tiba menjadi banyak semasa Pak Arsyad datang. 

9. Buku teks yang tertutup yang ada dua buah hilang dan bertukar menjadi sebuah buku yang terbuka secara tiba tiba dalam syot seterusnya. 

10. Tangan kanan Mona yang berada di atas lengan kirinya hilang dalam syot seterusnya dan muncul semula dengan kedudukan yang berbeza dalam syot selepas itu. 

11. Semasa Johan tarik cadar, bantal yang atasnya ada buku Twilight tu berada di tepi katil. Namun, dalam syot seterusnya, bantal tu tiba tiba berada di tengah pulak. 

12. Malah, dalam satu syot, korang akan perasan yang buku Twilight tu dah jatuh dari bantal. Next syot, buku Twilight tu ada atas bantal tu semula secara tiba tiba. 

13. Tangan Arsyad yang berada di meja berada di kerusi secara tiba tiba lepas bertukar syot.

1 comment:

Unknown said...

no.3 tu best! mang misteri giler.. adoyai~ hehe