Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, December 5, 2011

Momok: Jangan Panggil Aku (2011)

1. Semasa tukang tilik kena sita Majlis Perbandaran, korang akan perasa yang seorang anggota Majlis Perbandaran (lepas angkat meja) menunduk nak ambil beg MYDIN si tukang tilik. Syot kemudiannya bertukar dan, korang akan lihat beg MYDIN bukannya dibawa oleh anggota Majlis Perbandaran tetapi si tukang tilik tu sendiri.

2. Semasa tingkap ditolak Nik, tirai terkeluar dan masuk semula ke dalam. Namun, bila syot tukar je, tirai berada di luar secara tiba tiba.

3. Kain yang diberikan kepada Nik hilang dari tangannya selepas bertukar syot. Perlu diingat isteri Rafi ini tidak pernah pun lepas kain tu selepas diberikan kepadanya, jadi macamne leh hilang ek?

4. Semasa hantu raya Rafi keluar ada tok imam menunggu. Semua orang kampung mengundur ketakutan. Tukar syot. Orang kampung berada dekat semula dengan tok imam.

5. Kucing yang jatuh entah dari mana berjalan ke dalam rumah. Tetapi semasa Pak Mud cakap ‘ itu kucing, Johan’, kenapa tangannya menunjuk kea rah pokok tebu? Aiseh!

6. Si Johan nih awalnya ketuk pintu bilik. Tukar syot ketuk dinding pulak. Alahai!

7. Semasa Kasih ambil gambar, kita tahu bahawa kereta berhenti di sebuah kawasan lapang yang ada rumah orang. Tapi bagaimana esoknya kereta tu berada di satu kawasan hutan. Di kiri kereta dah hutan, bukan ke malam tadi kawasan lapang?

No comments: