1. Semasa Vinayak tengok awek ni mengeliat, dia alih tangan kanannya letak atas katil. Tukar syot, tangan kanannya kembali berada di atas bantalnya semula secara tiba tiba.
2. Semasa pengenalan watak Prem, ada bunga jatuh sebab seseorang tepis talam bunga. Namun, semasa Prem langgar Sona, korang akan perasan yang tiada bunga atas lantai.
3. Kedudukan gelas berubah. Tukar syot, gelas lebih dekat dengan laptop berbanding pada awal scene.
4. Malah, selepas bapa Sanjana perkenalkan Sumanth, gelas Vinayak hilang sebelum muncul kembali dalam syot seterusnya.
5. Vinayak gerakkan tangan kanannya ke pahanya dalam satu syot sebelum berada di stereng kembali selepas tukar syot secara tiba tiba. Perhatikan semasa Prem nak beritahu rahsia kepada Vinayak.
6. Dua motor di kiri dan kanan motor Vinayak hilang macam tu je. Sedangkan syot ni slow motion. Bila pulak motor tu melintasi skrin? Alahai. Malah, tetiba je ada kereta di belakang jip putih lepas tukar syot.
7. Trafik muncul tiba tiba selepas tukar syot.
8. Jip hitam yang membelok ke kanan tetiba jer hilang lepas tukar syot.
9. Semasa adegan Vinayak undur kereta dan ditembak, korang akan perasan ada salah seorang penembak yang menembak ke arah Vinayak masuk semula ke dalam kereta selepas ditembak bertalu talu. Tukar syot, korang akan perasan lelaki tersebut ada balik di tepi tingkap secara tiba tiba.
10. Selepas Vinayak cakap ‘I’m impressed, give me more’. Korang akan perasan kain tirai yang berada di kanan Vinayak berada di atas lantai sebelum kembali berada tergantung semasa Prithviraj tendang Vinayak.
11. Satu lagi, e eh, serpihan kaca yang melekat kat tingkap semasa Vinayak langgar cermin dah hilang semasa adegan pergaduhanlah. Ha3.
2 comments:
keseluruhannya..
brape rating movie nih hang nk kasi?
wow great post thanks.
Post a Comment