Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, November 25, 2011

Alamak... Toyol! (2011)

1. Along jatuhkan lampu suluh dan bergerak mengikuti Angah tanpa ambil lampu suluh pun. Namun, syot seterusnya, korang akan lihat lampu suluh ada semula di tangan Along secara tiba tiba.
2. Lepas Angah angkat Along, guni di badan Along sampai ke bahu kanannya. Namun tukar syot, guni di bahu Along hilang sebelum muncul kembali semasa Angah blah.

3. Pelakon extra tak konsisten between syot. Perhatikan semasa seorang lelaki menggelabah lari sebab nak diberikan toyol. Ada auntie baju kuning / oren lalu. Tukar syot je, auntie baju kuning / oren hilang secara tiba tiba. Auntie baju kuning / oren muncul semula semasa Pak Umar bercakap dengan pelakon extra kedua.

4. Semasa akak jual ayam goring ni mengucap, Angah dah gerakkan tangan berikan ayam kepada Along. Bila tukar syot, Angah masih lagi pegang ayam tersebut dan baru nak gerakkan tangan sekali lagi untuk berikan ayam kepada Along.

5. Cara Pak Umar pegang botol toyol berubah selepas tukar syot. Perhatikan arah tudung botol yang berbeza.

6. Selimut yang kemas atas paha tuan rumah tiba tiba berserabut sehingga menampakkan kain pelikat semasa Along dan Angah mendekati peti besi.
7. Ibu jari Along yang terbuka tiba tiba berada dalam genggamannya selepas tukar syot.

8. Kain pelikat di bahu Along berubah kedudukan dan lebih berlipat lipat lepas tukar syot.

2 comments:

Fakhruddin said...

menarik giler..
amik perhatian betol kau ya...

.::: Princess MOMOY :::. said...

wow.
dasyat betul buat research
buta mata depan pc nak tenung lama-lama
haha...