Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, November 18, 2011

Al-Hijab (2011)


1. Lepas Rafael cakap ‘ada shooting sikit hari tu’, dia pandang ayah …. Garpunya tidak menghiris makanan. Namun tukar je syot, dia tiba tiba memandang makanannya dan sedang menghiris sesuatu dengan garpu dan pisaunya.

2. Remote control hitam tiba tiba muncul menindih kotak DVD cerita pocong yang ditonton rakan Rafael. Malah, semasa syot Rafael datang ke sofa, tiada DVD atas sofa. Tukar syot saja, tetiba ada DVD cetak rompak atas sofa.

3. Selepas Rafael baring membaca buku yang diberi produser, keadaan DVD dan VCD di cabinet TV berterabur. Namun, close-up menunjukkan DVD dan VCD tersebut terkumpul di satu tempat pulak.

4. Semasa Rafael tidur dan dia tak sedar telefon bimbitnya berbunyi, beg galasnya disandar di atas kain langsir. Kita kemudiannya ditunjukkan adegan Rafael pergi basuh muka dan duduk sebelum dia ambil telefon bimbitnya. Perhatikan kedudukan beg galasnya yang sudah berubah posisi secara tiba tiba sedangkan Rafael hanya memandang kawasan beg galas tersebut selepas basuh muka.

5. Selepas sebuah kereta tidak mahu menumpangkan Rafael, Rafael hisap rokok. Rokok di mulut Rafael hilang di mulut Rafael selepas tukar syot walaupun pandangan Rafael dan posisinya sama dalam dua dua syot.

6. Selendang warna warni bertukar jadi kain tuala putih berselang seli between syot.

7. Semasa Rafael mendekati mayat di tengah jalan, kain putih di kaki mayat bersih sedangkan pada awal tadi kelihatan berlumuran darah.

8. Semasa Rafael betulkan radio, tali beg galas terjurai. Namun semasa Rafael duduk selepas betulkan radio, dapat dilihat bahawa tali beg galas tidak terjurai pun dan berada di tengah meja / kerusi.

5 comments:

Hanif said...

mak oiii...detail puny analisis..
dahasyat..

purplelicios said...

huyoo bndew kecil pun npk ...dasyat ooo

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

tajam mata :)

Mata Gangsa said...

heheehe..... copy paste nie...hahaha

si gadis lesung pipit said...

kemas betul keje die..teliti sangat