Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, September 1, 2011

Scream 4 (2011)

1. Rambut Gale berubah secara tiba tiba semasa Gale menonton Sidney di dalam tv.

2. Tangan Sidney yang memegang dinding yang penuh dengan darah Olivia tiba tiba masih bersih semasa Sidney menjawab panggilan telefon.

3. Palang besi yang berada di atas bumbung van hilang semasa Sheriff naik atas bumbung van.

4. Darah Kate yang banyak tersembur keluar dari mulut tiba tiba menjadi sedikit selepas bertukar syot.

5. Charlie cakap dia mahu tonton Stab 7 di rumah. Semasa filem dimainkan, video yang tertera di tv adalah dari Stab 6 (gambar atas). Stab 7 sepatutnya menunjukkan pembunuh yang geram kawannya cakap banyak selepas tonton Stab 6 (gambar bawah).

6. Semasa Jill berdialog, kelihatan Jill memegang pistol dan pisau yang berdarah. Namun, semasa Charlie dan Jill bersedia untuk adegan tikam diri sendiri. Pisau Jill tiada di tangan secara tiba tiba dan kelihatan Charlie beri pisaunya kepada Jill.

1 comment:

HAFIZAL said...

ada salah skill lah nie