2. Posisi numpad berubah selepas bertukar syot. Pada syot robot tekan numpad, keadaannya lurus. Namun, sewaktu buka pintu, dapat dilihat numpadnya sudah senget.
3. Dr. Vaseegaran minta robotnya letak bunga atas meja. Dalam satu syot, dapat dilihat bunga ada atas meja. Namun, waktu robot Dr. Vasee tendang pembantunya, bunga atas meja tidak kelihatan lagi.
4. Kedudukan benda eletronik di sekitar telefon berubah dalam close-up syot secara tiba tiba semasa Sana call Dr. Vasee
5. Semasa Dr. Vasee perkenalkan Chitti kepada maknya, Dr Vasee berada di tepi Chitti. Tapi, bila Robo tunduk sembah, tiba tiba saja Dr. Vasee dan rakan rakannya berada di sebelah emaknya dan Chitti pula sorang sorang di tengah rumah. Malah, posisi yang awalnya kat tepi pintu, tiba tiba saja jadi kat tengah rumah.
6. Rambut Sana yang sedikit pendek di sebelah kanan bahunya tiba tiba jadi lebat/panjang selepas tukar syot.
7. Semasa Chitti pusing lompat nak terjun ambil purse Sana, tak ramai orang yang berada di belakang Chitti. Namun, syot seterusnya menunjukkan ada lelaki cina/korea yang tetiba muncul kat belakang Chitti.
8. Semasa Chitti datang kembali nak selamatkan Sana, bayang Chitti jatuh atas dalam landasan keretapi. Syot dari dalam keretapi pula menunjukkan bayang Chitti tiba tiba berada di luar landasan keretapi.
9. Botol hijau tiba tiba muncul atas meja. Pada awal babak, tiada kesan botol hijau (botol Sprite) di belakang botol besar. Namun, bila botol hijau itu tiba tiba saja muncul, terus botol besar tersebut ada bayang berwarna hijau.
10. Sewaktu Chitti selamatkan mangsa pertama kebakaran, jelas dapat dilihat bahawa Chitti pada masa ini lebih nampak seperti manusia yang memakai kostum. Memang pun. Perhatikan leher Chitti yang hitam keseluruhannya berbanding Chitti binaan CGI.
11. Kolar Chitti yang rapat ke dada tiba tiba menegak dalam syot lain.
12. Tangan Sana yang berada di bawah tetiba berada di mulut selepas bertukar syot.
13. Kedudukan bom atas meja berubah semasa Chitti cakap ayat ‘jiwang’. Namun, bila general semua bangun, korang akan lihat kedudukan bom kembali seperti pada awal babak.
14. Perhatikan daging di dagu Chitti. Pada awalnya, daging di dagu Chitti tak banyak sehinggakan nampak besi besinya. Tapi, lepas Dr. Vasee hentam mata Chitti, daging di dagu Chitti tiba tiba jadi banyak.
15. Semasa polis bermotor buka pintu untuk bebaskan Sana dari Chitti, Chitti gunakan kuasa dan tarik sabit dari penjual kelapa sehinggakan kena lengan polis tersebut. Namun, dalam syot seterusnya, polis yang terkena sabit masih rileks, tenang dan sabit tadi tiada di tangannya dan steady bawa motor.
16. Chitti bentuk bola berkumpul semula atas tar yang di hadapannya adalah kawasan berumput. Tetapi, waktu Chitti nak pecah semula, bola tersebut tiba tiba berada di tengah tengah rumput.
2 comments:
kahkah,, hebat tol leh discover sampai 16,memang peminat habis ni,kehkeh
wahh,hebatlah la awak..aku tengok cite ni pun tak dapat kesan.Biasa la,cerita tamil begitu...
Post a Comment