1. Lepas Mariam berlalu pergi dari bilik bapanya, Ilyas berada di pintu dan tangannya berada di bawah sedikit berhampiran perut. Syot seterusnya menunjukkan tangan Illyas berada dekat dengan dadanya secara tiba tiba. Tangan Ilyas kejap dekat dengan perut dan kejap dekat dengan dada between syot.
2. Helaian buku yang sedikit meninggi daripada helaian lain tidak kelihatan pada buku secara tiba tiba semasa Adam tutup pintu bilik Aidil. Malah, posisi tangan kanan Aidil juga telah berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot.
3. Posisi tangan Mariam yang satunya berada di atas bantal berdekatan kepalanya dan satu lagi berada di dada Nur Amina. Namun, syot close-up menunjukkan kedua dua tangan Mariam berada di atas dada Nur Amina secara tiba tiba.
4. Kain di ampaian yang berada di kanan sekali hilang dalam syot seterusnya.
5. Dalam permulaan babak ini, Mariam dilihat sedang bermain dengan sesuatu di tangannya. Namun, syot seterusnya menunjukkan Mariam duduk diam memandang dan tidak memegang apa apa pun.
6. Kedudukan helaian buku yang pada awalnya rata. Tiga helaian buku tersebut dilihat melekat dan menegak secara tiba tiba di baju Adam selepas bertukar syot.
7. Bayang kenderaan krew yang membawa kamera kelihatan di bumper hadapan kereta Adam.
8. Bayang kren kamera kelihatan di bumbung bas.
9. Bayang kat atas bahu Adam hilang dalam syot seterusnya. Menunjukkan bahawa betapa lamanya scene ini dibikin.
10. Kedudukan tiub yang berada dekat dengan kepala Adam berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot. Tiub kembali berada dekat dengan kepala Adam semasa emaknya tanya ‘Adam nak makan apa?’
11. Semasa Adam tanya ‘Mamat buat apa kat sini?’, Adam berada dalam keadaan berbaring. Namun, semasa Mamat tanya ‘Kenapa orang baik kena pergi dulu?’, katil Adam tiba tiba menegak selepas bertukar syot.
12. Semasa Nur masuk ke pejabat, nampak jelas yang pembantu Iskandar mengemas mejanya. Namun, syot seterusnya bila pembantu Iskandar nak keluar dari pejabat, syot menunjukkan meja tersebut kembali bersepah kembali secara tiba tiba sebelum kembali kemas semula secara tiba tiba tetapi susunannya sudah berbeza.
13. Malah, beg atas meja yang nipis tiba tiba bertukar jadi tebal dan ada kertas tersembol keluar selepas tukar syot.
14. Buku putih di bawah album tidak kelihatan dalam satu syot lain.
15. Kopiah putih yang berada di sebelah kanan Aidil yang terbuka ke atas tiba tiba berada di sebelah kiri dalam keadaan terpenyek Aidil semasa samseng2 melarikan diri.
9 comments:
alahai.. bayang kamera...
semangat sungguh mengkaji...hihi..teruskan....post ni sama tarikh dengan birthdaya kawe,,,
makcik kalau kaji apa kesilapan..mau 14 ratus kali tgk baru jumpa..heheh...salam kenal..
wah
banyak kantoi nih
:-)
huihhhhhhhh.. berapa kali tengok nih?? rajin bebeno aihh die
HAHAHA kadang2 ade gak terperasan syot lelain .. ;p
hahahaha biasala... rajin no..
seronok juga tahu kekurangan dalam kelebihan...teruskan usaha
mcm biasa..mohon share bro..hee
Post a Comment