Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, April 26, 2011

Dilarang Masuk (2011)

1. Waktu Ronnie bagi botol air, dia pandang Bad dengan menampakkan giginya. Namun, syot close-up (gambar bawah)menunjukkan mulut Ronnie tertutup dan expressinya berubah secara tiba tiba.

2. Mungkin ramai yang tidak perasan apabila kabus mula menghilang di pintu rumah banglo, ada penampakan bayangan tengkorak yang terhasil dari kabus yang makin menghilang di antara dua bukaan pintu pagar. Ianya ironi kepada tajuk filem itu sendiri, Dilarang Masuk. Kau masuk, kau jadi ‘tengkorak’ lah! in other word, kau mati!.. - ini bukan mistake, more on trivia..

3. Perhatikan lantai tanah, taburan ranting kayu semasa kabus hilang dan semasa Ronnie mengajak rakannya masuk. Berbeza kan walaupun tak ada siapa siapa pun sentuh?

4. Rambut Tia yang berjuntaian di pipi kanannya hilang secara tiba tiba. Rambut itu ada kembali sewaktu Tia minta Ronnie supaya jangan ambil duit tu.

5. Sewaktu Bad nak tutup mayat lepas diganggu waktu makan megi, salah satu pintu rumah menghentam kuat dan tertutup rapat (walaupun tak terkunci). Namun, dalam syot Bad, dapat dilihat bahawa pintu itu tidak rapat seperti sebelumnya. Bila masa pintu itu terbuka kembali?. Lihat pada bayang daun pintu kanan yang menindih pintu kiri (gambar bawah).

6. Selimut Tia yang berada dekat dengan pipinya berubah kedudukan secara tiba tiba selepas tukar syot. Pada awalnya, kain tersebut meliputi seluruh bahunya (gambar atas) sebelum kedudukan tersebut berubah berada di tepi bahu Tia (gambar bawah).

7. Semasa pergaduhan Bad dan Ronnie yang makin panas, lipatan hood jacket Tia berbeza dalam dua syot berlainan.

5 comments:

LUNA LANUN said...

tak berapa paham la.. apa yg cuba disampaikan oleh penulis.. huhuhhu...

HAKMI said...

x macam tengkorak pun, cam shrek ade le sesikit.....

Aziz Syaidahtul said...

ngeh...mesti lah drg nak minum air kejap...hihi...gla detail tgk...

Admin said...

Assalamualaikum....

Saya faham.... artikel ni menunjukkan kesalahan atau adegan yang penonton tak terperasan yang berlaku dalam babak2 tertentu dalam filem.

Kiranya pengarah dan team editing filem terlepas pandang akan kesalahan kecil seperti itu....

Unknown said...

mse blajar buat short filem dlu pon lecturer sentiase cry kesalahan2 kecil yg slalunye org xpersan pon...tpy sbb ape dye tegur walaupon salah tu sekecil2 zarah pn..sbb dyenk kyte lbih teliti dan dpt hsil yg lbih perfect...