Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, March 23, 2011

Kembar Siang (2011)

1. Semasa Awi brek kereta dan kereta berpusing, kemudiannya Awal masuk dan bawa kereta pergi dari situ, korang akan dapat lihat garis masa untuk lakukan babak Awi keluar kereta dan Awal masuk kereta adalah lebih dari masa yang dipaparkan. Perhatikan jarak bayang pokok kelapa dengan kereta pada gambar atas dan gambar bawah. Semasa Awi keluar kereta, jarak bayang amat jauh, tetapi selepas dua budak di pondok sebelah bercakap, tiba tiba bayangnya menyentuh kereta.

2. Semasa Jenab yang enggan bayar hutang keluar kedai, Awi pegang botol minyak (gambar atas) dan tangkainya ditutup penuh oleh jarinya. Tetapi, syot seterusnya menunjukkan tangkal minyak jelas nampak dan tidak ditutup oleh jari Awi.

3. Tin F&N di atas rak belakang Pak Din berubah kedudukan secara tiba tiba. Awalnya, satu tin berada di atas kertas (gambar atas), kemudiannya kesemua tin berada di tepi kertas (gambar bawah)

4. Malah, dalam babak yang sama, plastic putih (maybe) yang berada betul2 di belakang Pak Din (gambar atas) juga tiba tiba berubah menjadi dua kotak bulb lampu (maybe). Huh!

5. Lagi, dalam babak yang sama jugak. Tin F&N yang ada tiga tadi, lesap! Tinggal dua saja. Padahal, dalam babak ini tak ada sape pun ampik tin F&N tu. Malah, tin susu Cap Teko yang berada sebaris dengan tin F&N pada awalnya ada empat, lesap! Menjadi tiga. Huh!

6. Getah di pintu van yang lekang tiba tiba melekat di tempat asalnya semasa Awi (Awal yang menyamar) membaiki van Pak Din.

7. Kayu yang menyilang (gambar atas) tiba tiba hilang (gambar bawah) selepas pembantu Pak Din menasihatinya. Mungkin adegan Pak Din menolak kayu tersebut tidak ditunjukkan. Satu penjelasan yang mungkin untuk kesilapan ini.

8. Atap yang menghalang pintu penumpang belakang van, tiba tiba hilang sewaktu pintu tersebut tertanggal.

9. Bayang equipment production dikesan dalam beberapa babak filem ini. Pertama, sewaktu Pak Din bangun dan keluar selepas menyoal Awal (bayang menindih perut Pak Din). Keduanya, sewaktu pengenalan Ana (bayang menindih tiang eletrik).

2 comments:

amy syifa said...

wau..

Unknown said...

hebat cukup teliti...

dalam cite LBS pulak mereka mengucapakan selamat pagi cikgu sedangkan mereka belajar kat u dengan pensyarah.

Aku kat U tak pernah ucap pun selamat kat pensyarah.