Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, April 5, 2011

2 Alam (2010)

1. Semasa ibu Adam pergi jumpa ustaz, bapa Adam memegang surah yasin yang ditutup (gambar atas). Namun, lepas close-up syot ibu Adam di bawah rumah, tiba tiba bapa Adam memegang surah yasin yang dibuka.. sebelum menutup kembali (gambar bawah).

2. Semasa van jenazah masuk ke kawasan rumah, dapat dilihat ustaz berdiri dekat dengan dua orang pembantu yang sedang mencangkung (gambar atas). Namun, syot seterusnya menunjukkan pembantu ustaz tadi dalam keadaan berdiri, sebelum mencangkung semula (gambar bawah).

3. Bantal lelaki yang ditiduri Amy pada berubah kedudukan. Pada awal babak, bantal hijau lebih jelas kelihatan (gambar atas). Namun, semasa Amy mahu rebahkan diri di tepi ‘komposer’ ni, bantal hijau hanya nampak bucu sahaja (gambar bawah).

4. Selendang ustaz berbeza kedudukan selepas tayar van jenazah pecah. Pada close-up mak Amy, selendangnya tidak menutup penuh bahunya (gambar atas). Namun, pada syot seterusnya (sewaktu Jan terkejut), selendang tersebut menutup penuh bahunya (gambar bawah) sehingga habis babak.

5. Kertas putih tiba tiba muncul di belakang sticker road tax!

6. Sewaktu Amy emo sebab Kosmo! siarkan pasal kes rogolnya, ada rambut terlekat di bibirnya (gambar atas). Namun, selepas tukar angle lain, rambut tersebut tiba tiba hilang (gambar bawah)

7. Satu lagi, tatu boyfriend Amy dikesan berubah kedudukan. Perhatikan kedudukan tatu ini semasa adegan dalam bilik dan adegan 'merenung' di tepi kolam yang berbeza kedudukan 'tampalan'nya.

4 comments:

Le Jr. said...

dah kate cerita dua alam.. mesti lah ade alam lain tolong..

Along Usop said...

hahahahaha....

kantoi sudaa... =p

cayrol said...

cite niekan yg heboh kata dapat juta2 RM

sabree hussin said...

oh director tak perasan la tu kot