Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, March 16, 2011

Gulliver's Travel (2010)

1. Kedudukan kamera digital dan mesin kira berbeza dalam dua syot. Pada awalnya jarak kamera digital jauh dari mesin kira (gambar atas), namun dalam syot lain, kamera digital dan mesin kira berada dekat antara satu sama lain (gambar bawah). Malah, kedudukan kamera nampak tidak konsisten antara syot sehingga habis babak.

2. Tali tag Gullivers lurus sebelum Darcy masuk lif (gambar atas) Namun, tali tag Gulliver berlipat setelah pintu lif ditutup secara tiba tiba (gambar bawah). Tali tag kembali lurus sewaktu Darcy hendak keluar lif.

3. Gulliver lempar spek mata besar atas laptop (gambar atas). Namun, tiba tiba beberapa saat kemudian, spek mata besar tersebut berada di depan laptop (gambar bawah).

4. Syot tepi menunjukkan bayang Gulliver menindih Horatio (gambar atas), namun bayang Gulliver tidak kelihatan selepas itu (gambar bawah) dalam syot atas.

5. Malah, bayang kepala Gulliver yang menindih dinding istana pada awal babak (gambar atas), menjadi pendek dan menindih tanah tepi Horatio berdiri di akhir babak (gambar bawah)

6. Bantal di sebelah General Edward yang pada awal babak (gambar atas) jauh sedikit dari dirinya tiba tiba rapat dalam syot seterusnya (gambar bawah)

7. Sewaktu robot Edwad dan Gulliver dalam satu syot, bayang bayang Guliver tidak jatuh di atas bumbung istana (gambar atas). Namun, syot seterusnya menunjukkan bayang bayang Gulliver jatuh di atas bumbung istana (gambar tengah) yang mana kemudiannya pula, sebelum berlawan, bayang bayang Gulliver jatuh di atas rumput di hadapannya (bawah)

1 comment:

Anonymous said...

konklusinye....manusia tuh x perfect...hahahaha....