1. Straw dalam gelas putih berbeza kedudukan dalam dua syot berbeza. Perhatikan juga cawan kecil yang pada awalnya berada di tangan pelakon (gambar atas), kemudiannya hilang dalam syot seterusnya (gambar bawah).
2. Cikgu yang berada di belakang Yaakob (gambar atas) tiba tiba berada di tepi Yaakob selepas bertukar syot (gambar bawah). Malah, kedudukan tangan cikgu itu juga berbeza dalam dua syot tersebut.
3. Sewaktu Yaakob masuk ke gelanggang using, semua pelajar terpegun dan bola keranjang terlepas dan melantun lantun keluar gelanggang (gambar atas). Namun, syot seterusnya menunjukkan bola keranjang tersebut pegun di satu sudut gelanggang, tetapi bunyi lantunan masih kedengaran (gambar bawah).
4. Malah, bukaan pintu pagar gelanggang yang mana sedikit tertutup (gambar atas) tiba tiba terbuka luas (gambar atas) selepas syot bertukar.
No comments:
Post a Comment