1. Pada awal kisah, semasa kereta nyaris nyaris melanggar Bad, dapat dilihat stuntman (yang mana adalah lelaki) memandu kereta. Namun, anda akan mendengar Haq menjerit ‘mama!’. Merujuk kepada pemandu kereta tersebut.
2. Kereta mama Haq berpusing dan berhenti di tengah jalan. Persoalannya, kenapa rumput tiba tiba muncul (gambar bawah) sedangkan kereta itu berada betul betul di atas jalan? Mama Haq pula tiba tiba berada di bawah kereta walaupun sewaktu kereta tersebut berpusing, tiada sebarang entity manusia keluar dari kereta.
3. Di sebelah Haq ada 3 buah catur putih (gambar atas). Malangnya, pada syot seterusnya dapat dilihat buah catur di depan Haq hanya ada satu buah (gambar bawah). Malah kedudukan buah catur juga berubah. Lihat ada satu anak catur berada di tengah papan secara tiba tiba.
4. Babak ranjang (kononlah) antara Bad dan Zahra. Pada awalnya, Bad lempar beg dan beg tersebut menegak (tali berada menegak ke atas). Namun, bila tukaar syot, beg yang dilempar Bad tadi tumbang secara tiba tiba.
6. Sewaktu Tuan Haji jatuh tangga, Bad letak guli kuning di depan Tuan Haji. Guli kuning tersebut berada di dalam lantai yang cerah (gambar atas) pada awalnya. Namun, sewaktu Aina datang, guli tersebut berada di kawasan lantai yang sedikit gelap (gambar bawah) secara tiba tiba.
No comments:
Post a Comment