1. Lipatan kain serban di leher pak imam yang berlipat sedikit, menutupi garisan tepi kain serban(gambar atas) tiba tiba hilang apabila dua orang kampung datang (gambar bawah). Lipatan kembali muncul dalam close-up syot.
2. Aisyah letak cawan atas meja. Telinga cawan sewaktu Aisyah letak cawan atas meja menghala ke kanan Aisyah (gambar atas). Bila Johan bangun, cawan tersebut tidak bertelinga (gambar bawah).
3. Tali beg Aisyah, sewaktu Johan keluar dari kaunter farmasi berada di bawah tudungnya (gambar atas). Sewaktu Aisyah minta Johan pergi siapkan kerjanya, tali beg Aisyah berada di luar tudungnya. Lipatan tudungnya juga tiada di atas bahu kanannya (gambar bawah). Tali beg Aisyah kembali berada di bawah tudungnya sewaktu Johan melutut beritahu bahawa Aisyah akan hantar emak balik.
1 comment:
Baru trjmpa blog ni. Mmg menarik. Teliti betol.
Ade lg satu, scene last skali. Masa part Johan mati kt hospital, ade penutup mulut dye. Tp bile tgk dr jauh benda tu da xde :)
Post a Comment