Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, November 13, 2010

Predators (2010)

Jom tengok benda yang korang tak perasan dalam filem Predators lak...

Bentuk daun berubah setelah bertukar syot. Daun yang asalnya mendatar menjadi berlengkung. Nampak sangat bahawa dua daun berbeza digunakan.

Laser beam Predators berada di sebelah bahu kanan. Semasa Royce mengelirukan Predators ni dengan melumpurkan badannya kemudian menyerang Predators ni berkali-kali dengan tulang, laser beam ni tiba-tiba berada di sebelah kiri sebelum kembali berada di sebelah kanan. Senang jer explanation untuk ini. Mungkin babak memukul ini sebenarnya hanya sekali. Dengan menterbalikkan babak memukul tadi, wujud satu lagi video aksi memukul. Maka akan terhasillah Royce memukul Predators sebanyak dua kali. Tapi, mungkin diorang tak sedar yang waktu terbalikkan, laser beam pun jadi terbalik.

Kepala predators sebenarnya jatuh ke belakang. Perhatikan gambar atas, anak panah putih menunjukkan kepala predators jatuh ke belakang. Tetapi, dalam wide syot, kepala predators tiba-tiba ada kat depan badan predators (rujuk anak panah putih).

No comments: