Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, July 13, 2010

Lu Pikirlah Sendiri (2010)

Wohoo.. selepas berbulan2 Lu Pikirlah Sendiri mencipta kontroversi dengan kenyataan Nabil, kini aku mau tambah kontoversi lagi. Jom, kita jenguk 10 kesilapan minor yang dikesan dalam filem ini. Mungkin hanya pengarah saja ada jawapan untuk semua ini. Kredit untuk supplier movie ni, Ain Fathihah.

1) Oh, Tanganku Tak Reti Diam!
Dalam scene ni, memang ada posisi tangan yang berbeza untuk dua sudut berbeza. Entah kenapa, si nabil lupa kot posisi asal tangannya sepatut berada. Gambar atas, Nabil, tangannya berada di atas kepala. Gambar bawah Harun Salim Bachik pula menunjukkan tangan Nabil yang berada di atas perutnya.

2) Aku Bukan Si Tangan Panjang!
Dalam scene awal, sewaktu lori ayam Amy Search ni mengundur, Nabil sempat tepuk tepi lori. Itu bermak dia duduk tak jauh dari lori. Namun, dari sudut lain (gambar bawah), bayangkan satu persoalan, bagaimana Nabil boleh tepuk dinding lori jika dia duduk pada jarak dua kali ganda lengan tangannya?

3) Kancil Is The Next Transformers
Dalam (1), dari kejauhan ada sebuah kancil (mungkin) mengekori kereta hitam. Apabila sampai di trafik light, kancil itu muncul mendekati pelakon kita (lihat 2) sebelum dari angle lain, bertukar menjadi van yang melintas di tepi Nabil. Ke manakah kancil itu tadi??

4) Kuasa Ajaib Budak U
Dalam gambar atas, kita tengok Zizan dan membernya yang berbaju hijau park motor. fokus kita adalah kepada rakan hijaunya. Persoalan, kenapa tetiba (gambar bawah) dia memakai kemeja sedangkan tadi, sebelum dia masuk ke dalam bangunan, xde pun nampak dia bawak kemeja??

5) Penjimat Screen
Ini mungkin disebabkan keadaan komputer yang ditinggalkan beberapa lama. Aku tahu, scene (1) dan (3) berada dalam satu syot. Namun, untuk efek, scene (2) diwujudkan untuk fokus kepada reaksi Nabil. Namun, sedar atau tak, dalam scene (2) yang hanya 1 saat itu, ada screen saver muncul sebelum hilang kembali tanpa sesiapa pun menyentuh tetikus atau keyboard.

6) Oh Rambut!
Rambut memang menjadi perkara biasa dalam menjana mistake minor. Perhatikan watak Natasha dalam (1). Rambutnya ada yang berada di hadapan bahunya. Namun, next syot tunjuk yang semua rambut berada di belakang bahunya kecuali rambut di bahagian kanan. Wide syot tunjuk yang rambutnya kembali berada di hadapan bahunya. Oh, chipsmore maybe..

7) Tali Apakah Itu?
Tidak perlu menjawab soalan itu. Persoalannya, kenapa tali itu tidak dilihat di angle satu lagi??? Ke mana pergi tali putih yang berada di bahu Puteri Sarah Liyana??

8) "Malu.." Itu Mungkin Jawapan Yang Tepat!
Tadi, dalam isi ke tujuh, isu tali menjadi persoalan. Sekarang, dalam scene atas, gambar atas menunjukkan bahu Puteri Sarah Liyana terdedah. Namun, kenapa tetiba dari angle lain (gambar bawah), bahunya tertutup? Oh tidak. Malu mungkin.. ataupun sejuk..

9) Kunyah Jangan Tak Kunyah
Scene si Natasya nak tinggalkan Nabil kat tepi jalan. Dari scene atas, Natasya dilihat sentiasa mengunyah (maybe chewing gum). Namun, dari angle lain (bawah), Natasya dilihat tidak mengunyah. Keadaan berlaku apabila pertukaran syot memberi continuity yang cukup janggal.

10) Kalau Lapar Pun, Hati Hati!
Dalam satu babak ni, banyak sangat props. Maka, mungkin akibat terlalu lapar, ada 3 benda berubah tempat dalam angle berbeza. Satu, kuali. Sepatutnya, dalam gambar bawah, pemegang kuali patut masuk dalam frame (perhatikan kedudukan kuali yang berbeza antara gambar atas dan gambar bawah). Kedua, mana hilangnya sudu dalam mangkuk biru??. Ketiga, kenapa tudung periuk yang berada di hujung sana (gambar atas) yang kedudukan pemegangnya menghala ke atas, menjadi terbalik (pemegang hala ke bawah) dalam gambar bawah??

Sekian!

9 comments:

ain fathihah fhm said...

gila la mata hg ni..haha..eyespot ke apa

Anonymous said...

terer! terer! org mcm ko mmg diperlukan dlm industri...syabas!

Unknown said...

cm2 skali, ha3..klw aku, aku xkesah minor2 ni..tapi klw pakai baju hijau, pas2 tetibe jadi kemeja 2 mmg pelik ah, ha3..

Anonymous said...

'Angle Atas POV Nabil' ini pun salah.
bila disebut POV - kena tunjuk apa yg Nabil nampak.(POV-Point Of View'
Kalau nak kata 'shot' jgn sebut 'shoot' blogger ni pun banyak yg salah. Kena belajar Bahasa Filem lebih mendalam ! Baru boleh cari silap orang !!

KhairulZamanKhobin said...

anonymous: terima kasih atas teguran.. saya akan betulkan di post akan datang.. peace..!! ehe

vovin said...

anonymous di atas pastinya orang dalam industri filem yang terasa hasil kerjanya dikritik.

Rasanya blog ni dah establish ia cuma blog peminat ala moviemistakes. So kalau dah peminat, hal-hal jargon filem tu rilek-rilek sajalah.

Tapi biasalah, orang Melayu tak boleh dibawak bergurau, darah pahlawan la katakan.

Anonymous said...

bro, menarik blog lu ni. lu ada potensi jadi budak conti handalan. kalau ada masa tolong korek kesilapan konti selain yang lu dah biasa gali yek? contohnya ada kat sini kot http://en.wikipedia.org/wiki/Continuity_%28fiction%29 dan kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Continuity_editing
mekasih ;) - vovon

shada wentz said...

wow.! tabik spring lah! hehehe~ :DD

Zul's Stuff said...

mmg terbaek la..x penah lgi aku jumpa oranyg teliti mcm ko..