Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, June 28, 2010

Alice In Wonderland (2010)

Kembali lagi dengan kesilapan dalam filem yg dikesan dalam filem Alice In Wonderland. Hah, sape ingat Tim Burton tak wat salah? Meh aku tunjuk sket kesalahan tahap minor yang dia lakukan dalam Alice In Wonderland.
Dalam scene mak Alice bawa g ke majlis ni, perhatikan gambar atas sekali. Jangan tenung wajah yang berkerut tu. Perhatikan rambut yang terjuntai di sebelah kanan bahunya. Beberapa ketika keadaan rambut itu menjadi seakan2 chipsmore. Kejap ada sekejap xde. (urutan gambar dari atas ke bawah)
Dalam scene Alice dengan anjing ni, anda akan sedar bahawa lengan Alice di sebelah kiri diikat kerana luka. Gambar atas sebelah kiri menunjukkan balutan itu tetiba hilang sebelum ada semula apabila Alice turun dari anjing tersebut.

Scene Madhater nak dipancung. Si pemancung nih alihkan kain yang menutupi leher Madhater. Dalam scene wide syot, kain tersebut masih ada ditempat asal sebelum dialih oleh si pemancung.

No comments: