1. Di belakang Adil ada sorang laki baju hitam di hujung sekali. Tukar je syot, lelaki baju hitam bertukar tempat dengan lelaki baju kelabu.
2. Semasa rakan Adil cakap ‘kelik’, tangannya berada di kanan kaki kanannya. Tukar syot je, tangannya tiba tiba berada di atas kaki kanannya.
3. Semasa rakan Adil lempar parang, pemegang parang berada di sebelah kanan dan hulunya menghadap ke arah kiri (depan Adil). Namun, semasa Muski ambul parang, hulunya berada di sebelah kiri (mengharap kea rah Adil)
4. Korang akan perasan yang semasa Bakar keluar dari kereta, bayang bayang nampak panjang. Tukar syot, bayang bayang rumah nampak tiba tiba memendek. Perhatikan jarak bayang antara pokok.
5. Semasa Muski bawa Adil naik jambatan, enjin bot berada di kanan mereka dan hadapan bot di kiri. Tukar syot je, enjin bot berada di kiri dan hadapan bot di kanan mereka pula tiba tiba.
6. TRIVIA: Jam dinding di kedai makan ni tak hidup (habis bateri kot). Perhatikan jarum saat yang tak bergerak gerak sampai habis babak. Mungkin untuk senang jaga konti masa kot.
7. Jarak antara mentol lampu dan benda yang tergantung tu berubah tiba tiba lepas tukar syot.
8. Benda tergantung di tepi lampu tu terus hilang entah ke mana selepas Ilham keluar dan duduk bersama rakannya.
9. Rokok Deng hilang dari tangan walaupun dia tidak buang rokok tersebut lepas dia hisap.
10. Tiba tiba saja ada satu patung wayang kulit kat atas muka buku sebelah kiri. Patung wayang kulit tu hilang semula bila Aidil keluar dari persembunyian.
11. CREW/EQUIPMENT VISIBLE: Korang akan perasan yang bayang cameraman jatuh atas lawan Aidil semasa perlawanan hendak bermula.
12. Awang Sonar hilang seketika selepas tukar syot dan muncul semula selepas itu.
13. Posisi enjin bot tiba tiba berubah selepas tukar syot.
14. Pengadil yang berada di sebelah kanan Muski tiba tiba berada di sebelah kiri selepas tukar syot (untuk lebih jelas klik untuk video)
15. Kesan darah di badan budak tu berbeza dari adegan awal filem dan akhir filem. Di awal filem, badan budak tu ada pasir, di akhir filem, badan budak tu hanya ada darah saja. Corak darah pun berbeza.
16. Jika dari syot hadapan, semasa Bakar menikam bapanya, koyakkan kain menyendeng ke kanan, sepatutnya koyakan akan menyendeng ke kiri sebab ianya diambil dari belakang kain yang terkoyak.
3 comments:
cuba ko tunjuk cerita apa yg sempurna... pndai komen jer, try buat tgk... puiiii
takkan ada cerita sempurna dan terpulang kepada penilaian
sebagai contoh info ke-16..
2 arah kain carik yang berbeza untuk memudahkan penonton memahami mesej..
tapi info ke-11 & ke-15 jelas kelemahan dari sudut teknikal dan konti~
hahahaha
Thumbs up.. Kita dok teliti ttg kepekaan mata dan lojik.. Tak semua org bey bikin film.. Dan tak semua pembikin film Nampak semuanya.. Ambik yg baik utk penambahbaikan .. Baru mantap !! - muhammad sani
Post a Comment