Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, February 25, 2012

Azura (2012)

1. Semasa driver Tan Sri Putih muncul dalam syot awalnya (sebelum tukar syot), kolarnya hitam dan rambutnya menutupi telinga. Namun, tukar je syot depan, rambutnya kemas dan nampak telinga. Perhatikan juga kolar bajunya yang putih.. Erti kata lainnya, watak driver yang satu ni dilakonkan oleh dua orang. Kenapa? Lihat janggutnya. Dalam syot belakang, tak ada. Syot depan ada pulak. Macamna tu? 

2. Perasan atau tidak, dalam syot awal, korang akan perasan ada sorang pelakon extra pakai tudung di belakang adik tepuk kompang. Tukar je syot, perempuan pakai tudung terus hilang tiba tiba. Malah, beberapa orang gadis yang pakai tudung biru dan pink juga dah tak kelihatan lagi. 

3. Buku nota terus berubah posisi tiba tiba walaupun Azura tak sentuh pun buku tu semasa ambil kotak peluru. 

4. Zack letak penutup mukanya atas meja dengan bahagian mulutnya berada di atas dan bahagian matanya berada di bawah. Tukar je syot, penutup muka tu terus berada dalam posisi penutup mulut di bawah, penutup mata di atas. Perhatikan garisan hijau antara penutup mulut dan penutup mata yang berubah. 

5. Kedudukan penutup muka tersebut kembali berada dalam keadaan terbalik bila Zack ambik gun dan pergi ke arah Azura. 

6. Semasa Zack hadapi masalah dengan gun miliknya, ada sorang referee yang berada jauh sedikit lari dan berada dekat dengan referee yang dekat dengan Zack. Kedudukannya dekat dengan tempat zack berlindung. Tukar je syot, dia berdiri jauh dari tempat Zack berlindung. Tengok kedudukan penghadang di hadapan penghadang Zack. 

7. Penghadang kiub yang besar tu berubah posisi. Sepatutnya dia berada di belakang Zack semasa Zack bertelagah dengan referee. 

8. Lebam di lengan bertambah semasa Zack marah Azura. 

9. Semasa Azura keluarkan kotak, kotak tu rapat dengan lengan Azura dan penutupnya tersandar di bantal biru di belakang Azura. Syot seterusnya, kotak tu tiba tiba jauh dari lengan dan kedudukan penutup juga sudah terbaring atas tilam di belakang Azura. 

10. Semasa Zack bangun lepas letak bunga, tangan Azura di lehernya. Tukar syot, tangan Azura berada di tepi dan jarinnya berada di dagu. 

11. Kedudukan straw pelakon extra ni yang menghadap ke arahnya berubah dalam syot seterusnya tiba tiba. 

12. Ibu jari kakak Zack berada dalam keadaan tegak tiba tiba lepas tukar syot.

13. Beg dan Helmet yang dibawa Azura hilang semasa Zack pegang tangan Azura.

14. Bantal yang menutup lengan Zack tidak kelihatan dalam syot seterusnya. 

15. Rambut Azura yang dikemaskan ke telinganya tiba tiba berubah dalam syot seterusnya. Perhatikan rambut yang terurai di dahi Azura yang tidak kelihatan dalam syot sebelumnya. 

16. Perkara yang sama juga terjadi semasa nek Wan mencium dahi Azura semasa pertemuan mereka. 

17. Perhatikan bantal di tepi ibu Tan Sri Putih, bantal itu berserakan pada awalnya. Tukar syot, terus tersusun kemas secara tiba tiba. 

18. Tangan Zack yang berada di atas meja tiba tiba saja dalam kedudukan mengurut hidungnya selepas tukar syot. 

19. Semasa Zack bercakap pasal orang utan, dia dalam keadaan bersandar. Tukar syot, terus Zack berada dalam keadaan duduk dan tidak bersandar lagi. Rakannya yang tak bersandar pula tiba tiba dalam keadaan bersandar.

5 comments:

Norafifah Roshman said...

kebanyakkan nya memang macam ni :)
hihi. mungkin tak sedar dengan perubahan kot.

Anonymous said...

rmbut jatuh pun dipertikaikan ? msalah !

Anonymous said...

Benda2 Biase Pon Nak Pertikaikan Ke, Adoyy Takde Modal Lain Ke

Anonymous said...

ini namanya takde kerja lain, selain cari kesalahan orang je.

Anonymous said...

Very particular...good..demi sebuah filem berkualiti