Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, December 15, 2011

Merantau (2009)

1. Semasa Yuda sampai ke bus stop, korang akan perasan ada seorang lelaki sedang mengangkat tin atas bahunya. Syot seterusnya menunjukkan lelaki itu tiada di bus stop secara tiba tiba sedangkan dia belum pun melangkah naik ke dalam bas semasa syot bertukar.

2. Kedudukan batang paip yang dekat dengan pintu semasa Joni bangun berubah menjadi jauh sedikit semasa Astri bawa adiknya pergi.

3. Semasa Yuda berjumpa dengan seorang lelaki yang begaduh di luar disko, ada dua gelas atas bar. Namun, tukar syot, hanya satu gelas kelihatan di atas bar.

4. Jika korang perhatikan betul betul, lelaki yang berada di atas daun pintu sebenarnya berubah kedudukan. Semasa awalnya, kedudukannya di tengah daun pintu yang berada dekat dengan dinding. Namun, dalam satu syot yang tak sampai satu saat, kedudukannya berada ke bawah sedikit dan perasan tak yang daun pintu tu berada ke tengah sedikit. Menunjukkan adegan itu disyot dua kali.

5. Kampit simen berubah posisi secara tiba tiba selepas tukar syot.

6. Semasa pertarungan dalam lif dengan Eric, kita sedar yang Eric tekan satu butang menjadikannya berwarna merah dan membuatkan lif terhenti seketika. Sedar atau tidak, dalam satu syot, butang tersebut tidak berwarna merah dalam satu syot, sebelum kembali merah dalam syot seterusnya.

1 comment:

Rafi Harumin said...

Apapun, filem ini tetap hebat. :)