Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, December 26, 2011

Final Destination 5 (2011)

 1. Sebiji tong kuning muncul secara tiba tiba di atas bongkah di tepi jalan selepas bertukar syot. Malah, korang akan papan amaran yang tersandar di tepi bongkah juga hilang dan kon di tepi lubang berubah kedudukan begitu juga dengan posisi pekerja yang sedang memotong jalan. Perhatikan juga pekerja yang menyapu jalan yang muncul secara tiba tiba. 

2. Semasa jambatan bergegar, Olivia masih belum melepasi satu gap antara dua palang yang menghubungkan jambatan. Tukar syot, tetiba dia dah berada dekat Molly . 

3. Sam berada di tepi jambatan. Tapi, dari syot atas, dia tidak kelihatan. Huh 

4. Hanya satu palang saja yang bengkok dan jatuh. Satu palang lagi hilang dari syot atas. Nampak jelas CGI lupa isi. 


5. Korang akan perasan yang palang di bawah jambatan muncul kembali, tetapi lebih pendek dan sekejap hilang dan sekejap muncul between syot. 

6. Semasa awalnya, Agent Jim bercakap sengan Sam dengan badannya menghadap ke hadapan. Tukar syot, badannya terus mengiring. 

7. Selepas pekerja hidupkan kipas, dia terus pergi. Namun, syot seterusnya, menunjukkan pekerja meletakkan kipas, dan menghidupkannya sekali lagi. Repeated! 

8. Malah, semasa syot berulang, korang akan perasan yang kipas tersebut tidak bersambung dengan mana mana kabel. Wayarnya tamat di tengah. 

9. Dan, perhatikan kedudukan wayar kipas tersebut. Semasa syot awal, wayarnya menghala ke belakang. Semasa syot repeated, wayarnya yang panjang ke belakang kipas tiada. Wayar tu muncul kembali bila air dari air cond menitik. Huh. 

10. Perhatikan bentuk air di atas lantai berdekatan wayar yang terdedah. Berbeza between syot. Menunjukkan berapa banyak kali lah syot ni dibuat. 

11. Air yang terpercik sana sini semasa syot Candice melangkah ke depan hilang. Syot seterusnya menunjukkan air berada jauh dari plug secara tiba tiba, dan kesan percikan di tepi permukaan air tiada. Percikan air muncul semula bila Candice letak tuala atas lantai. 

12. Tuala Candice yang diletakkan di atas air tadi berubah kedudukan. Perhatikan lipatannya. 

13. Semasa Molly datang mengejut, sampul berada di atas surat. Tukar syot, surat berada di atas sampul. 

14. Jari pekerja tempat urut yang berada di bawah tiba tiba berada di atas selepas betukar syot. 

15. Nampak jelas yang tangan tukang urut semasa syot wajah Isaac bukanlah si tua yang ditunjukkan. Itu tangan orang lain. Perhatikan saja saiz lengannya yang berbeza. Tukang urut tua punya lengan yang lebih besar. 

16. Handphone Isaac berubah ke belakang sedikit secara tiba tiba selepas tukar syot. 

17. Kedudukan tong alcohol berubah. Perhatikan semasa Isaac sedar, dan apabila lilin jatuh. 

18. Perhatikan air yang lebih banyak di gelas hadapan Sam secara tiba tiba semasa Peter datang walaupun Sam tak tuang pun air. 

19. Pisau muncul di tepi sarung tangan selepas tukar syot. Malah, lipatan kain putih juga berubah secara tiba tiba.

3 comments:

is_isaac said...

terbaik..baru pasan lepas tgk citer neh,.huhu

Anonymous said...

Biasalah tu, itu namanya teknik CGI, masa shot kat jambatan tu, dia orang sebenarnya shot kat Layar Skrin Hijau. sebab tu "asyik" tak cukup je barang-barang seperti kon dan sebagainya.
kalau ada peluang cuba pergi studio kru kat cyberjaya. Nanti brader boleh komen kat diaorang jangan buat silap dalam filem vikingdom

Anonymous said...

asyik komen jer, cuba ko plak try buat, boleh ke dak ??