Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, December 8, 2011

Apa Tengok Tengok? (2011)

1. Semasa budak budak nakal ni didenda, perhatikan seorang pelajar di hujung kiri. Satu tangannya berada di depan (tangan kirinya) dan satu tangan berada di belakang (tangan kanannya). Tukar syot je, dua dua tangan berada di belakang. Malah, bukan dia sorang yang macam tu. Perhatikan beberapa orang rakannya juga.

2. Semasa syot Daniel, di kejauhan korang akan perasan tangan kiri cikgu Fadzilah berada di siku Adriana. Tukar syot, korang akan perasan tangan cikgu Fazilah di siku Adriana hilang tiba tiba.

3. Beg Adriana di atas kerusi berubah rubah kedudukan sepanjang lagu.

4. Semasa polis siasat kawan2 Shariff, korang akan perasan polis halau Cikgu Zaaba dan Penolong Kanan tiada di belakang. Syot selepas itu Penolong Kanan ada ada di belakang dan sedang leka berSMS.

5. FAKTA ATAU AUTA: Penolong Kanan dikatakan sedang in charge. Bukankah sepatutnya, kalau pengetua ada, polis tu sepatutnya bercakap dengan Cikgu Zaaba sebab dia lebih penting dari Penolong Kanan. Aku rasa Penolong Kanan dalam filem ni nak rebut title pengetua nih. Gila kuasa. Ha3

6. Mayat bro Joe berubah kedudukan tangan. Perhatikan tangan kanannya.

2 comments:

whose said...

boleh pulak dorang tak perasan pasal benda ini.haha..mmg ko teliti tol ar...ak kalau tgk filem takde nyer nak tgk tul2...ak suka layan je...

Anonymous said...

Syabas kerana membuat penelitian terhadap filem ni. Diharapkan bukan hanya kesalahan je yang dikaji tapi kajilah sekali motif positif yang cuba disampaikan dalam setiap filem yang diselidik kesilapan shot tu ye...