1. Kedudukan bantal yang dibaling Shuib berubah ubah between syot.
2. Selepas Shuib kata ‘doa buka puasa macam ni!’. Syot bertukar dan kita lihat bantal di tangan Bob hilang entah kemana. Tetiba Bob dalam posisi telah membaling bantal tetapi bila dibaling, entahler…
3. Korang akan perasaan yang plastik merah yang membungkus air karbonat oren akan ‘terlondeh' dalam satu syot selepas Bob tanya ‘kau siapa?!’ secara tiba tiba sebelum berada dalam keadaan terbungkus kembali.
4. Straw air oren Bob tenggelam secara tiba tiba.
5. Semasa posisi diam Bob dan Shuib dalam cermin, cara Shuib pegang surat khabar berubah ubah diantara syot.
6. Kedudukan tangan Hj. Ehsan berbeza between syot.
7. Kain batik yang berada di atas paha Hj. Ehsan semasa Shuib menjerit dan lari keluar tiba tibab berada di atas bahu selepas tukar syot. Malah, posisi kain batik sepanjang babak berbeza kedudukan diantara syot.
8. Semasa Mr. Leo tu cakap ‘Awak gila ke?’, ikatan mulut Mas berada di leher. Syot seterusnya menunjukkan ikatan tersebut berada di mulut Mas semula sebelum kembali berada di lehernya semula kembali dalam syot seterusnya.
9. FAKTA atau AUTA: Pembantu Mr. Leo, Abu minta Bob dan Shuib datang ke bangunan terbengkalai. Abu cakap ‘… terbengkalai, tempat kita tertukar teksi hari tu!’. Faktanya, Shuib tertukar teksi di depan kedai mamak dan bukannya di bangunan terbengkalai. Jika bangunan itu ada berdekatan kedai mamak, perkataan ‘berdekatan’ rasanya patut ada dalam dialog.
10. Rambut Shuib yang berada di belakang tiba tiba berada di bahu kanan lepas habis gelak.
4 comments:
cho chot je mistake. ok la tu.
apapun mistake dalam lakonan..mereka akan usaha improve..bagitau kesilapan dan bukan mgutuk adalah satu cara memberi mereka jalan mengendali lakonan dengan lebih baik kelak.
Xpayah nak cari salah org la. . Tukang tulis ni pon x reti mengeja. . Sila tngok diri sendiri dulu, baru nak mengata org lain. Support la filem tempatan. Bukannya hantam org. Stupid. .
Assalamualaikum.....
Benda ni bukan nak menghentam orang, cuma nak beri komen membina saja agar pembuat filem dan team editing lebih peka dalam aksi2 filem mereka. Kena kasi mengaji habis untuk tahu bezakan situasi antara "komen membina" dan "hentam" orang. "Anonymous" di ataspun eja salah "H.A.N.T.A.M" sebetulnya "H.E.N.T.A.M"
Sesuka hati kata orang "stupid", tapi letakkan diri sebagai "Anonymous". Inilah yang dikatakan "baling batu sembunyi tangan", bacul....
Komen yang seperti "Anonymous" di atas adalah contoh komen menghentam orang...
Post a Comment