Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, August 3, 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak (2011)

1. Semasa kereta Bob belum berhenti di stesen bas, dapat dilihat bahawa kedudukan cermin tingkap sebelah penumpang sedikit tinggi. Namun, bila Ina masuk je dalam kereta, cermin tersebut tiba tiba lebih rendah berbanding awal tadi secara tiba tiba.

2. Malah, lepas kereta Bob meletup enjinnya, dapat dilihat cermin tersebut amatlah rendah. Tapi, bila Ina buka pintu dan tukar syot, cermin tingkap kembali semula meminggi seperti awal babak (semasa Bob datang) secara tiba tiba.

3. Beg yang digalas Bob hilang secara tiba tiba selepas tukar syot Faizal dan Kamal datang ke meja Bob.

4. Tangan Nordin tetiba berada atas bahu Fatimah lepas tukar syot.

5. Rambut Ina berubah kedudukan selepas bertukar syot semasa Eddy berkata ‘Kau pulak?’

6. Tali tiba tiba muncul kat atas jalan semasa Don bawa Bob dan kawannya, Pian masuk ke bawah apartment.

7. Kedudukan topi keledar Bob semasa Don marah Pian sedikit tinggi dalam satu syot. Namun, dalam satu syot lain, kedudukan topi keledar Bob hanya berada di paras dada.


8. Rasanya ini ialah equipment lampu spotlight kan? (betulkan jika salah)

9. Kedudukan Bob dan pencuri yang dekat dalam close up tiba tiba menjadi jauh selepas tukar syot.

10. Sewaktu geng rempit lari masuk dalam kereta. Seorang daripada mereka gelabah dan pegang helmet. Tukar syot, tangan mereka tiba tiba tenang saja kedudukannya. Tukar syot lagi, tangan mereka gelabah balik.

11. Sewaktu Maya cakap ‘Awak kena rehat’, tangan Farid berada di belakang Bob. Syot seterusnya menunjukkan tangan Kamal berada di bahu Bob secara tiba tiba.

12. Lipatan jubah Bob bertukar secara tiba tiba selepas bertukar syot.

3 comments:

Que said...

gila tajam punya mata..aku sket pn xamik port psl ni..hahaha

Encik JI said...

bg aku logik je bnda2 ni walau dlm hidop kita sekalipun.

pojak said...

logik je smua tu..takkan stu2 dia nak tunjuk..mcm tgkp tu..kan awek bob panas..msti dia turunkan tgkp..tkn scene turunkan tgkp pun nk tunjuk kan?

rmbut berubah kedudukan tu biasa la dah bergerak.