Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, May 30, 2011

Kongsi (2011)

1. Pedang Tumulak yang kelihatan di kanan motornya tidak kelihatan secara tiba tiba semasa Tumulak hendak jatuh.

2. Tumulak lempar seorang samseng dan terkena penjual nasi lemak. Penjual nasi lemak kemudiannya jatuh dan kepalanya terlanggar sebuah bakul putih yang menyebabkannya tergerak ke hadapan. Sewaktu Tumulak hendak pergi dari situ, dapat dilihat bakul putih itu berubah kedudukan sebelum kembali ke tempat asalnya semula secara tiba tiba.

3. Telefon di hadapan Tumulak tiba tiba hilang sebelum muncul kembali. Malah, dalam satu syot, kalendar juga hilang tanpa dapat dikesan sebelum kembali semula pada next syot.

4. Kedudukan tangan Inspektor Ola yang memegang pelapik kertas berubah kedudukan selepas bertukar syot.

5. Seorang penjahat buang topeng dan topeng tersebut jatuh di atas tangga. Namun, sewaktu Tumulak lepas tembakan dapat dilihat topeng tersebut ada di bawah tangga secara tiba tiba.

6. Tumulak tendang Mikail sampai jatuh. Tumulak bangun dan dapat dilihat kedudukan dua bantal di belakang Tumulak. Tukar syot, bantal tersebut berubah tiba tiba.

7. Sewaktu Tumulak panjat tangga, dapat dilihat penutup hidung dan mulut Tumulak tidak kelihatan di tempat sepatutnya (pada awalnya, tumulak pakai penutup hidung dan mulut tak pernah buka buka) sehinggakan nampak hidung dan mulut. Syot seterusnya menunjukkan penutup muka tersebut kembali berada di mulutnya kembali secara tiba tiba.

8. Sewaktu Ola jatuh dari bumbung Petaling Street dan terkena telur, tak ada satu pun tanglung yang terlekat atas kotak telur. Tanglung tiba tiba saja ada atas kotak telur selepas tukar syot.

9. Bas persiaran tiba tiba lesap apabila bertukar syot.

10. Pak Maliki angkat smoking pipe ke tepi dan angkat kertas. Kedudukan cerut berada di tepi kertas sebelum secara tiba tiba smoking pipe tersebut ada atas kertas semula dan diubah ke tepi oleh Viktor selepas syot bertukar.

11. Kertas yang ada lakaran Tumulak yang pada awalnya tidak menyentuh sampul tiba tiba berada di atas sampul secara tiba tiba.

12. Tape mulut Maliki berubah kedudukan secara tiba tiba.

13. Malah, pelakon extra yang cukur ketiak ‘laki’ dia, tangan kirinya berada di belakang suaminya secara tiba tiba. Semasa Tumulak pecah masuk, tangan dia tak dilihat berada di belakang lelakinya. Malah, lelakinya sedang menyandar di kerusi yang dilapik kain. Mana mungkin tangannya ada di belakang.

14. Semasa Maliki cabut pedang, darah muncul tiba tiba di baju Maliki sewaktu tukar ke close up syot.

15. Jika korang perhatikan betul betul, korang akan nampak ibu jari Maliki (yang pada awalnya telah terputus, menggunakan CGI) berselindung di sebalik darah di telapak tangan.

16. Trafik muncul secara tiba tiba.

17. Ada beberapa bahagian di bahagian badan Tumulak yang terkena selut tidak konsisten. Kejap ada bahagian badannya yang tak kotor, kejap keseluruhan badannya kotor.

4 comments:

Anonymous said...

bnyk juga benda2 x masuk akal berlaku kat filem ni..hehee..

Unknown said...

haha da direktor pn bru lg.. so bnyk la mistake dia..

Anonymous said...

baguih dok ada...usaha yang baik na..

Anonymous said...

haha...mengarut je aih...tgk je sudah lah..benda kecik je...x ganggu jln cerita pun :D