Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, January 26, 2011

Damping Malam (2010)

Secara keseluruhannya, aku suka teknik kamera filem ni. Jom tengok apa benda yang penonton tak perasan semasa menonton filem ini sama ada di Astro First ataupun di panggung wayang.

1. Sewaktu Erna tolak Aiza, empat barang (botol krim) jatuh bersepah atas lantai. Kedudukan barang tersebut semasa Erna pergi dari situ (gambar atas) berbeza apabila Aiza bersedih (gambar bawah).

2. Sewaktu Aiza dikacau dalam bilik air, Aiza lari masuk dorm dan buka locker nak ambil surah Yassin. Jam menunjukan lebih kurang pukul 10.10malam (gambar atas) Sewaktu Aiza tutup locker (gambar bawah), jam menunjukkan pukul 10.40 malam.

5 comments:

Yan said...

owhh tu jek... mmg tak perasanpn..
tp drama2 melayu selalupn camtu.. sbb derang amik byk 'take' kan.. tu yg larik tu.. hehehe..

iza said...

Salam..

Biasa la tu...
penonton bukan nak tgk benda2 sampingan tp org yg peka je akan perasan benda tu...

chunna said...

ehe.. best la plak.

aisha said...

yg mngomen ni pun org perlis jugak..huhu..salam kenalan org kg..
sy penah tgk scene mcm ni yg lg dasat..dr hollywood yg kita xsgka dorg akan wat mistake tu..ada yg citer klasik tp heronya pakai jam rolex..ada yg plakon pakai baju perang2 tp tiba2 krew lalu elok jek pakai jeans n t-shirt..huhu..

Gimi said...

jam dia guna beteri baru la tu