Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, November 19, 2009

Transformers: Revenge Of The Fallen (2009)

Sebuah filem yang rasanya memang menjadi satu filem yang dinanti2 tahun 2009 kan? Filem yang menjadi kegilaan semua peminat terutama aku.. hehe.. papepon, meh aku tunjukkan beberapa mistake yang sedar atau tak, memang ada di dalam filem ni.


Waktu ni, Sam tahu yang dia nampak kod pelik tu selepas sentuh AllSpark. Then, terus dia call Mikaela. Sampai jatuh2 habis buku kuliah dia (1). Perhatikan bulatan merah. Ada 3 orang gadis berjalan hendak menuruni tangga. Perhatikan juga beg yang di bulat kuning. Beg itu kepunyaan seorang gadis yang baru je pass through ngan pakwe dia. Dalam (2), 3 gadis ni nak turun tangga. Sam masih mengemas kertas2 yang bersepah. Then, tukar syot (3), gadis yang ada beg ngan pakwe dia baru nak turun tangga. Kelibat tiga orang gadis tadi tidak kelihatan. Padahal, dalam (1) 3 orang gadis 2 dah nak turun tangga. Sam selesai kemas kertas2 dan nak berlalu pergi (4), waktu ni, barulah 3 orang gadis 2 nak turun tangga.. sekali lagi.. haha.. salah timing waktu shooting la nih...

Ni plak scene asmara (ehem!) Alice ngn Sam.. bukan adegan kissing2 2 yang aku nak tunjuk. Apa yang korang perlu perhatikan adalah kipas yang berada di tingkap dalam (1) dan (2). Pas2, korang tau yang Mikaela datang dan blah pergi sbb tgk si Sam ni dengan Alice. Bila Mikaela dengar suara jerit2 dari bilik Sam, dia kembali bersama Leo. Nampakla si Alice yang dah jadi ala2 terminator cam2. Mikaela pon baling kotak yang ada robot kecik 2 kat Alice (3). Namun, Alice mengelak dan kotak tu kena cermin (4). Tidak semena2 kipas tadi berubah tempat. Macam tau2 si Mikaela nak baling kotak tu kena dia.. ahaha..

Seterusnya, bila Mikaela langgar tiang untuk musnahkan Alice (1), kereta tu memang melanggar tiang betul2 di tengah. Kita sedar jugak (2) yang bumper hadapan kereta dah terkulai layu tak bermaya (ahaha)... dan (3) bila dah tukar syot, bumper depan dah ok balik, dan kesan remuk pulak ada kat lampu kiri, bukan kat tengah seperti awal tadi.

Lagi, anda sanggup??

Kita teruskan lagi..

Ni pulak. Satu lagi kesilapan yang sama seperti TRANSFORMERS yang pertama. Even scene ni tak sampai pon 5 minit, jam lampu merah kat tepi dinding tu, berubah berjam2.. mesti rehat lama ni before redo the scene again... huhu

Last, Sam nak tunjuk gambar kat robot kecik ni. Perhatikan bahawa, dari pandangan robot kecik 2, gambar jet berada di sebelah kiri dan gambar kereta di sebelah kanan (1) dan (2). Jika anda sedar, pada (1) dan (2) gambar jet tidak mempunyai apa2 tulisan. Jet itu jugak seperti berada di atas landasan. Maksudnye, gambar diambil waktu jet 2 mendarat. Then bila dalam (3), kita tgk gambar kereta berada di sebelah kiri dan jet di sebelah kanan. Gambar jet tu pulak, dah ada CLASSIFIED dan menunjukkan jet tu berada di atas awan. Buktinya, perhatikan background CLASSIFIED. Itu awan bukan? Bandingkan dengan gambar jet di (1) dan (2).. ok..

3 comments:

misSbLurRy said...

kekekek rajin cr kesalahan eh

Huszaini said...

Waaa!! terrer nya dia!!

Mia Liana said...

tak perasan plak... lebih kurang sama je...:) baguslah boleh detect kesilapan diorang... :) good info