1. Kawasan yang cerah tiba tiba jadi kelam selepas tukar syot.
2. Guard yang berlari hanya ada tiga orang tiba tiba jadi empat orang selepas bertukar syot.
3. Cermin yang pecah ditembak oleh Selene ada semula di tempat asal semasa dia lompat.
4. Dua aliran darah yang bercantum di bawah pipi tiba tiba tidak bercantum semasa Selene berjalan menjauhi anaknya.
5. Senapang tiba tiba muncul di tempat yang kosong atas rak selepas beberapa syot.
6. Kedudukan rambut yang terjurai di tepi tilam berubah selepas bertukar syot.
7. KANTOI: Kamera CCTV bergerak mengikut pergerakan Dr. Jacob. Sungguh tak logik. Malah beberapa kamera CCTV seolah olah tahu apa yang mereka ambil.
8. Semasa Selene kena baling ke atas kereta, bom tiba tiba bergolek dari belakang badannya. Sedangkan sebelum itu, dia tidak letak pun bom tangan tersebut di belakang badannya sepanjang aksi gasak menggasak berlaku.
1 comment:
masa tgk movie ta perasan semua ni..sekarang baru tau hehe
Post a Comment