Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, April 5, 2012

The Darkest Hour (2011)

1. Iklan teksi di atas bumbung dari syot luar teksi menunjukkan ianya menghadap ke belakang. Namun, dari dalam teksi, iklan tersebut menghadap ke tepi (lihat pada bayang teksi di cermin bangunan) 

2. Malah, kalau korang perasan, dua orang ni sebenarnya naik teksi lain dan sampai dengan teksi lain. Lihat saja iklan kat atas bumbung teksi yang berbeza kedudukan. Sekejap iklan menghadap ke depan, sampai di pejabat iklan mengadap ke tepi pulak. 

3. Smartphone berubah posisi secara tiba tiba. 

4. Masa Natalie gtau Anne pasal Sean n Ben, tangan Anne berada di tepi meja. Tukar syot, tangan Anne berada di tengah meja dan baru hendak letakkannya di tepi meja semula. 

5. Semasa polis mendekati cahaya, di belakang kita akan lihat seorang wanita baju hitam. Di kanannya tiada siapa siapa. Tukar syot, di kanannya tiba tiba ada perempuan pakai baju putih. 

6. Kasut polis yang berada di tepi depan kereta polis hilang semasa syot atas. Malah, topi polis juga tidak kelihatan lagi. 

7. Malah, next syot pula, selepas hilang, topi polis muncul kembali. Tapi, kasut polis hilang buat selama lamanya. Kesian. 

8. Kasut yang berada di tepi kereta polis hilang dalam view alien. 

9. Tali beg Skyler tiba tiba berada di atas lengannya selepas tukar syot. 

10. Penyangkut sangkar berubah posisi lepas tukar syot. 

11. Penutup buku yang tergantung tiba tiba berada terlipat di bawah tapak tangan. 

12. FAKTA ATAU AUTA: Semasa bangunan roboh, semua jatuh ke dalam sungai. Natalie hilang. Semasa atas kapal selam, ada flare dari kejauhan. Mereka yakin itu Natalie. Ya, memang Natalie yang tembak flare tersebut. Tetapi, jika Natalie jatuh ke dalam sungai bersama mereka, tak mungkin Natalie dapat sampai sejatuh itu dalam masa tak sampai seminit. 

 13. Korang akan perasan yang CGI alien tak wujud dalam syot yang diambil dari luar bas.

2 comments:

tirahzairi said...

kemungkinan~erkkkk

CyberTeknologi said...

Panjang cerita ni....:-)