1. Semasa bekas bf Reanna masuk, Reanna letak tangan di tepi kaunter. Tetapi, tukar je syot, tangan Reanna berada di tengah kaunter secara tiba tiba.
2. Mukhsin letak helmetnya terbalik dengan ruangan dalam menghadap ke arah atas. Namun, beberapa saat kemudian, kedudukan helmetnya tertelangkup ke bawah secara tiba tiba.
3. Mukhsin menegur Reanna dari belakangnya. Tukar syot, dia dah berada di depan Reanna dan di depan patung pengantin.
4. Bayangan kamera dapat dilihat di sudut kiri filem semasa ianya bergerak ke atas.
5. Semasa Reanna bangun dan pandang Amanda, dia pegang hanger menggunakan sebelah tangan. Tukar syot jauh, kedua dua tangannya terus memegang baju biru pula.
6. Korang akan perasan ada pantulan seorang lelaki bertopi memandang ke arah Reanna dan Mokhsin semasa Mokhsin berhentikan kereta. Itu mungkin krew filem.
7. Bayang bayang kamera jatuh atas belakang Mokhsin semasa Mokhsin melarikan diri selepas tiga temujanjinya.
8. Selepas Reanna susun puzzle, dia angkat satu lipatan suratkhabar yang berada di sebelah kanan surat khabar. Tukar syot, lipatan surat khabar kanan tu ada lipatan pula. Menunjukkan yang Reanna tetiba dalam keadaan memegang kesemua surat khabar tanpa menarik helaian surat khabar seperti pada awal tadi.
9. Lelaki yang bersongkok tu dok pandang Reanna dan Mukhsin semasa tunangnya keluar dari rumah. Tukar syot, laki songkok tu tiba tiba pandang tunang Mukhsin dan beri laluan kepada Adira yang hendak keluar.
10. Korang akan perasan yang orang yang lalu lalang belakang Mukhsin dan Reanna hilang semasa syot seterusnya.
2 comments:
mesti ada kesilapan.xkn lari dr sume tu kan
Itulah keseronokan..
Post a Comment