Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, March 28, 2012

The Viral Factor (2012)

1. Perhatikan kedudukan tiga tong sampah yang berubah secara tiba tiba. Jika anda perasan, tong sampah yang rodanya patah berada di tengah. Namun, syot berikutnya, tong sampah berikut berada di tepi. 

2. Muncung senjata berada di bawah tiba tiba lepas tukar syot. 

3. Benda kuning yang berada dekat tong sampah hilang tiba tiba lepas tukar syot. 

4. Perhatikan cahaya matahari yang berubah dekat jambatan semasa polis datang. Sekadar ingin beritahu yang babak ni memang makan masa untuk disyot. :-) 

5. Semasa adegan tembak menembak ni, sorang pengawal rebah dan topinya jatuh ke tengah jalan. Tapi, syot jauh, topi tu berada dekat dengan kepalanya pula. 

6. Botol air yang tumbang tiba tiba berdiri semula selepas bertukar syot. 


7. Malah, korang juga akan perasan kedudukan kepala doctor tu jugak berubah tiba tiba selepas bertukar syot. Perhatikan kedudukan kepalanya yang pada awalnya berada di atas badan botol.

2 comments:

Nora Karim said...

amboi telitinya org perlis! :P

Muhd Hasif said...

Kalao Abg Jadi Director mesti Cerita Abg 99% Perfect sbb Abg teliti sangat. Penilitian yg baik. bagus2. Usaha Tangga Kerjayaan Eh Salah,
Zaman Moden. Usaha Escalator kejayaan. :)