Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, October 7, 2011

Transformers 3: Dark Of The Moon (2011)

1. Bayang krew dapat dilihat sedang mengawal dolly (alatan kamera) di kereta Presiden.

2. Bayang equipment pula dapat dilihat sebelum pintu kereta dibuka.

3. Rambut Carly yang curly tiba tiba jadi lurus selepas dia naik atas katil.

4. Malah, rambut Carly yang berada di kanan bahunya tiba tiba berada di belakang secara tiba tiba selepas bertukar syot. Rambut Carly berada di kanan bahunya semula semasa dia tunduk ke dada Sam.

5. Semasa Carly peluk Sam, bunny berada di tepi bantal. Namun, syot seterusnya, bunny tersebut tiba tiba berada dekat dengan telinga Sam.

6. Kedudukan tiga gambar mak ayah Sam berubah kedudukan secara tiba tiba selepas beberapa syot.

7. Tangan Sam tiba tiba kosong semasa dia ambil kotak sedangkan awalnya dia memegang Wheelie (CGI Wheelie terlupa buat la tu.. haha)

8. Wheelie duduk di atas tengah sofa. Bila dia hendak bangun, syot seterusnya menunjukkan dia bangun dari bahagian tepi sofa.

9. Semasa Soundwave tembak, cermin kereta tak pecah. Kita dapat lihat hanya satu kesan tembakan saja di cermin. Tetapi, ketika Soundwave keliling kereta dan mendarat, lubang besar di kereta tiba tiba terbentuk.

10. Once again, kamera dan kereta krew kelihatan mengekori kereta mak ayah Sam.

11. Semasa Megatron dalam mode treler pertama kali muncul, ada pokok di belakangnya. Di tanah pula ada rumput yang lebat. Namun, semasa dia tukar mode, rumput jadi jarak jarak dan pokok tidak kelihatan kerana asap muncul tiba tiba entah dari mana. Malah, mode treler (yang memang menggunakan treler sebenar) lebih kotor. Semasa hendak bertukar mode, treler (yang adalah CGI) nampaknya suci berbanding semasa awalnya.

12. Semasa Carly datang pejabat Sam, dia bawa Carly masuk meeting room. Sam edar file atas meja. Sampai ke laptop Lenovo, Sam masih pegang failnya. Namun, between syot, korang akan tengok fail di tangan Sam sekejap di tangannya dan sekejap di atas meja dan diselak selak Sam.

13. Semasa Carly cakap tentang Mercedes SLS AMG, Sam taip. Ada 3 fail di tepi kanan Sam. Namun, 3 fail tadi hilang semasa Sam cakap ‘you drove this here?’Malah posisi fail juga sudah berubah secara tiba tiba.

14. Bayang kenderaan yang membawa kamera untuk mengekori kereta Sam dapat dilihat di atas jalan semasa kereta Sam membelok ke NEST.

15. Semasa Carly di luar NEST, dia pakai kasut tumit tinggi. Tetapi, lepas tentera bagi Sam dan Carly masuk NEST, kasut Carly tetiba bertukar jadi kasut but (tumit tebal).

16. Lennox garu belakang dan dari posisi cekak pinggang, tangannya kemudian dijatuhkan. Namun, tukar je syot, tiba tiba dia dalam posisi cekak pinggang semula secara tiba tiba.

17. Semasa seorang tua jatuhkan penukul di sebelah Agent Simmons, kedudukan penukul berbeza daripada syot awal semasa orang tua tersebut ambil penukulnya semula.

18. CGI Bumblebee tertinggal menyebabkan Bumblebee tidak kelihatan dalam satu syot ini (rujuk gambar atas). Mana mungkin Bumblebee yang memenuhi kawasan belakang Simmons tidak kelihatan sedikit pun.

19. Decepticons lompat dan menyebabkan papan tanda jalan jatuh menegak ke hadapan. Tulisannya jadi terbalik. Namun, syot seterusnya menunjukkan papan tanda tersebut tiba tiba membentuk tanjak sebelum menegak semula selepas syot lompatan kereta.

20. Semasa dua Decepticons buat lompatan dan transform, papan tanda kembali jadi terbalik (perhatikan perkataan MILE yang terbalik). Namun, semasa syot driver Simmons cuba hidupkan enjin kereta, papan tanda yang membentuk tanjak tiba tiba muncul (perhatikan perkataan AURORA yang tidak terbalik) semula.

21. Bumper belakang kereta merah ini yang tidak terkena sedikit pun semasa pertarungan Decepticon dengan IronHide ini tiba tiba terbuka dan remuk secara tiba tiba.

22. Posisi kereta merah berubah kedudukan. Semasa pertarungan, posisi kereta merah berada di antara garaj dan sebuah bangunan putih. Namun, semasa Decepticon ditolak masuk garaj, Ironhide tolak kereta tersebut dari kawasan simpang lain (dimana pertarungan berlaku dan kedudukan sebenar kereta merah tadi) ke kawasan yang berlaku pertarungan. Lihat bangunan putih (tempat pertarungan dan kedudukan asal kereta merah) yang berada di simpang lain semasa letupan berlaku di dalam garaj.

23. Mode treler Megatron selepas kapal angkasa Autobot ditembak berbeza dengan mode trelernya semasa di Afrika. Dalam mode treler Megatron semasa dia di Chicago, tiada besi tajam di atas bumbung.

24. Semasa Epps halang Sam supaya tak teruskan rancangan untuk selamatkan Carly, dia tarik Sam dan Sam lepaskan beg ke pegangannya. Syot seterusnya, begnya berada di bahunya semula secara tiba tiba.

25. Kepala Sam terkeluar dari sebalik tempat persembunyiannya. Mana mungkin maid tu tak nampak kepala Sam yang terbonjol keluar tu.

26. Semasa tentera keluar dari pesawat dalam kekalutan, bayang kamera/krew kelihatan pada seorang tentera.

27. Semasa meja besar jatuh di sebelah Shockwave, korang akan perhatikan ada gelas putih yang jatuh dan kedengaran bunyi kaca pecah. Lepas tu, syot tunjukkan Epps yang bertahan di bangunan yang senget. Syot seterusnya menunjukkan gelas tersebut ada kembali, dah jatuh semula secara perlahan. CGI dan editing yang cuai!

28. Sam alihkan begnya ke hadapan dan keluarkan alat ciptaan Wheeljack / Que. Namun, semasa dia ditarik Starscream, begnya sudah berada di belakang secara tiba tiba.

29. Babak sebelum Sam says ‘No, I’m just a mesenger’. Sebelum Sam pukul Dylan, jam menunjukkan 12.40 tghari. Lepas Sam pukul Dylan sehingga mengenai pillars, jam menunjukkan 2.20 ptg. Wow, jauh tu masanya. Ha3

30. Semasa Dylan terkena pillars dan jatuh, jam menunjukkan 2.20 petang. Namun, syot Sam menunjukkan jam 12.15tengahari. Ha3.

31. Lagi.. semasa syot Sam lepas Dylan jatuh, jam menunjukkan jam 12.15 tengahari. Namun, semasa Autobot datang dan musnahkan pillars, jam menunjukkan jam 11 pagi. Aiyoyo… ini cerita time traveler ka dei.. kejap ke depan kejap ke belakang…

32. Tangan Carly berubah ubah kedudukan between syot. Sekejap tangannya di telinga Sam, sekejap lagi tangannya di bahu Sam

9 comments:

azamfillah... said...

Boleh try video anwar ibrahim ni..cri mistake die..

Kaki Penanda said...

yang penting Transformers. ada ku kesah 0.0

SaF_FreNsiCk said...

no 27 tu aku rasa tak salah, sbb scene tu sbnrnya scene slow motion yg dibahagi dua, diantara dua scene tu diletakkan scene Epps paut pada bangunan tu...

klu cantum kan scene tu nmpk yg ia satu scene, kira mcm very short term flashback la...

dalam dunia transformer tu, scene Epps paut pada bangunan dan scene Shockwave yg kedua tu berlaku serentak, tapi dalam dunia penonton, scene shockwave disiarkan kemudian selepas Epps...

mira maisara said...

masa tengok citer ni mira pasan jugak kepala sam terbonjol keluar masa membongkok tuu..huhu

Anonymous said...

Ada lagi masa angkasawan masuk kapal dia. dia selak2 pstu pasir jerlus msuk lubang. bukan ke xda graviti? cmne t'jadi? hehehe...

Anonymous said...

name pn cerite..

haikal fadzil said...

bukan nk defend film hollywood, but 90% of all so called 'kesilapan' ni sbnrnya bkn kesilapan.

masalah continuity dlm shooting tu is common thing dlm bidang shooting film.

aku kira org yg bt isu psl kesilapan2 dlm film ni mesti hebat sbb dia mungkin pernah buat filem tanpa sebarang kecacatan continuity.

respek kepada anda

Anonymous said...

bulan ada graviti la.. kalu tak masakan boleh pengarguhi pasang surut air di bumi... graviti bulan jugak membantu kapal angkasa glide untuk ke bulan... jenuh siap minyak ler kalau bulan tarak tarikan graviti...

Anonymous said...

scene yang ke-25 mmang dpat dikesan kesilapannya, sbab tu tiap kali ku tgok film ni ,ku rse yg part nie mmang tak logic, maid tu kan plakon tambahan je.. dah diberi arahan supaya jgan endahkan pergerakan watak2 utama cite nie.. hu3..