Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, December 15, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010)



Hari ini, kita tengok apa yang tak kena dalam beberapa babak Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Selendang Pak Mor yang berada di lengannya (selepas rebah) tiba tiba berada di atas bahunya apabila dia berpaling melihat Mustika. Keadaan selendang kemudiannya sekejap di lengan dan sekejap di bahu apabila dua syot ini diselang seli.

Kain tuala di leher Punai yang dililit di lehernya berubah kedudukan secara tiba-tiba.

Topi Cat berubah - ubah kedudukan.

Kasut Cat pada masa ketibaan di ladang tebu bertukar warna kepada biru penuh sebelum kembali kepada warna asal yang dilihat pada awal babak.

15 comments:

Anonymous said...

ko ni poyo la..bnde2 bodo pown ko nk tunjuk,da name pown wayang..ko buat tgk ak nk tgk kesempurnaan ko? ko ingat buat wayang mcm masak maggie ape..

Anonymous said...

tolong la...kecik punya hal...kalau sekali tengok tak perasan pun...

Ujang9897 said...

aku rase tak kisah dia dedahkan...bkn nk jatuhkan..tp saje2..cite transfomer pun ader jer org kaji silap..benda nie penting utk anugerah penyunting tue

Cheyah said...

Bagi aku, bende2 remeh macam ni memang perlu diteliti. Baru la filem berkualiti di samping aspek2 lain yg lebih penting. Aku pun kadang2 terperasan jugak bende2 cmni. Rasa kelakar pun ada. Nmpak cm pengarah tak teliti dulu sebelum amek shoot. Pape pun untuk cerita ni, orang tak perasan sangat pun. Termasuklah aku. Mungkin sbb tu ramai yg x amek peduli.

Cikgu Kini said...

aku rasa org yg letak anonymous ni pun bangang la.. Sorry 'tercarik' kata-kata... Kalau ko brani, nape letak anon, brani bg la ko punya emel at least, gerenti full inbox ko dengan carutan balas.... Ko dah tgk belum Harry Potter yg baru nie? lg banyak silap... org buat goof spot nie untuk penambahbaikan..

sorry man, aku bengang dengan org yg tulis anon nie....

Anonymous said...

teliti sungguh cari kesilapan orang..

harap macam tu jugalah telitinya mencari kesilapan diri sendiri,,,

Portdy said...

aduhai apa da anon ano ni...

mencari goof spot ni perkara biasa le dalam film industry seantero dunia... its harmless actually

buat research dulu sebelum nak komen


no big deal la apa nak kait pasal carik salah ke apa ke...


sigh...

Anonymous said...

err...aku bukan anon2 atau cik enon yg kt bwh2 tu yg dok poyo2 kata itu ini . act aku suka gak tgok goof spot ni . tgok director kencing penonton . ha ha .
tp maybe tsilap la tu , kira oke la ada insan yg prihatin .
kikiki .
oh ye aku nk tanya , apsal kt tempat download tu xde list ?
leceh beb . tolong ada kan link yg mcm dulu tu yg ikot negara movie tu please :D

Jard The Great said...

hehehe.... banyak kali "rakam" neh.

KhairulZamanKhobin said...

anon bukan anon2- ambil masa sikit untuk buat link 2 semula.. :-)

Anonymous said...

ciss !
panggil aku anon2 plak , bek panggil cik enon .
ha ha .
ok2 take ur time nk wt link tu , aku lg berminat time ada link tu .
yg skrg ni aku pening sikit nk search movie , naik loading kepala otak aku mencari :D

[ a D D y ] said...

cuba usha kasut cat farish cite ni masa otw g umah wak keturi..

3 kali bertukar kasut kalo x silap wa

certengok
certengok

KhairulZamanKhobin said...

already usha... thanks ADDyhAIKAL!!!

literature student said...

keep it up bro,,bgusla..ade gak anak Malaysia nak buat ni..biase tgk filem omputih je kene komen..nice..boleh membantu masa depan bidang filem negara kita agar lebih 'kemas'

Admin said...

Assalamualaikum...

Ada orang tu nak komen pedas tapi bacul untuk memberitahu indentiti.

Tiada apa salahnya dibuat sebegini iaitu memaparkan kesilapan adigan dalam filem-filem. Hanya sekadar hiburan disamping menguji kepekaan kita pada setiap apa yang kita tonton. Kalau fikir sempit, macam-macam benda yang salah dan tak boleh... Ini merupakan salah satu maklumat untuk peminat filem. Kalau tak minat, biau aje la... lagi nak kutuk-kutuk.. lahabau...