Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, December 6, 2010

Antoo Fighter: Amukan Drakulat (2008)

Filem hari ini, dari Azizi Chunk Adnan, Antoo Fighter...

Dua pistol yang berada di kiri dan kanan Poh Jee kemudiannya berubah kedudukan.

Gaya duduk Poh Jee berbeza dalam dua syot berbeza. Perhatikan posisi kaki kirinya.

Selendang Pak Din yang ditiup api Drakulat menyebabkan selendangnya berada betul-betul di atas bahunya. Syot seterusnya menyaksikan selendang itu kembali berada di belakang Pak Din, sebelum Drakulat datang.

Lilitan selendang Pak Din berubah kedudukan.

Sewaktu hantu cina ditampak kad nombor ekor, toncang rambutnya berada di hadapan bahu. Kemudian, waktu serang geng Antoo Fighter, toncang rambutnya berada di belakang sebelum close-up syot (waktu dia mencekik geng Antoo Fighter) menunjukkan toncang rambutnya berada di hadapan bahunya.

Waktu Poh Jee berkonfrontasi dengan Drakulat, kotak yang berada di kanan Drakulat hilang dan muncul secara tiba tiba sehingga habis babak. Tak percaya? Lagi buktinya di bawah.

Sewaktu Poh Jee lepaskan tembakan dan Drakulat serang kembali..

Sewaktu Poh Jee serang kembali lagi...

Selepas gaduh dengan Drakulat, Poh Jee di campak ke altar.

Sewaktu Geng Antoo Fighter datang dan menyerang!

4 comments:

GR said...

wah, masa tengok dulu langsung tak perasanlah! :P

Aku Tanpamu said...

=)

Nieza Micha said...

tak penah tgk cite nih... haha!~XD

a.samad jaafar said...

blog yg lain drpd yg lain.. teliti betul hang ni.. saya follow sini..sudi ke follow saya ?