Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, October 18, 2011

Nasi Lemak 2.0 (2011)

1. Tukang masak letak pinggan nasi goreng atas meja. Sudu ada di tepi namun garpu terjatuh ke bawah meja. Syot seterusnya menunjukkan sudu berada di tengah pinggan, tidak seperti awal tadi, berada di tepi.

2. Jarak pencungkil gigi dan tisu yang rapat menjadi jauh seketika selepas bertukar syot sebelum rapat semula pada syot seterusnya.

3. Bayang bayang tiba tiba muncul selepas tunjuk close-up pengawal.

4. Dari syot awal, kita akan lihat ada satu saja susunan pinggan yang membukit dan mangkuk kecil bersepah atas meja. Namun, semasa close-up tauke restoran, mangkuk kecil sama tinggi pula dengan susunan pinggan.

1 comment:

LydSunshine said...

Mcm menarik gak movie ni. Cuma tak tau le tahan sentap ke tidak org melayu nak gi tgk movie ni.