Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, June 25, 2011

Karak (2011)



1. Semasa lelaki ini melalui melalui batu tanda Bentong 83, dapat dilihat bayangnya berada di hadapan. Ada juga daun kering di atas jalan ditiup angin. Namun, syot seterusnya menunjukkan bayang lelaki tersebut berada di belakang dan daun kering tadi hilang secara tiba tiba.

2. Sewaktu polis keluarkan pembesar suara, dapat dilihat bahawa tidak ada tali yang berada di hadapan pembesar suara. Namun, syot close-up menunjukkan tali tiba tiba muncul di hadapan pembesar suara. Tali tersebut kejap ada kejap tak ada diantara dua syot.

3. Sewaktu perempuan ni keluar dari kereta, dapat dilihat darah mengalir di cermin hadapan. Syot seterusnya, bila perempuan ni nampak suami dia kena baham hantu, tiada darah di cermin. Darah tu baru nak keluar dari mulut suami dia dan meleleh di cermin kereta.

4. Mulut lelaki tersebut yang pada awalnya terlopong tiba tiba tertutup dan nampak tenang secara tiba tiba. Malah, darah yang mengalir dari mulutnya juga telah hilang secara tiba tiba selepas syot bertukar.

5. Nik dan rakan rakannya terperangkap dalam kesesakan lebuhraya. Tak ada kereta yang bergerak pun walaupun perlahan-lahan. Namun, sewaktu watak orang gila (lakonan Sofi Jikan) bercerita, korang akan perasan sebuah van putih melintas di belakang Sofi dengan lajunya ke arah yang sama dengan arah tuju Nik. Perhatikan semasa Sofi Jikan berkata ‘cebisan daging melekat di pintu, di tayar...’.

6. Saiz bukaan tingkap yang pada awalnya mengapit tangan Sofi yang menghulur cawan polisterin menjadi luas secara tiba tiba dalam syot seterusnya. Malah, tangan kanan Sofi yang tidak memegang tingkap pada awalnya dilihat berada pada tingkap secara tiba tiba.

7. Bayang kamera kelihatan menindih daun semasa merakam syot bergerak Zura yang memanggil Nik. Rasanya kalau tak silap ada antena kat kamera tu.

8. Sewaktu Ida tunjuk ke arah cahaya menggunakan tangan kiri, badannya menghadap Nik dan Zura. Namun, tukar je syot, badan Ida terus membelakangi Nik dan Zura dan menunjuk ke arah cahaya menggunakan tangan kanan secara tiba tiba.

9. Zura selak kalendar yang di depannya tertulis 7hb. Tukar syot, Zura tiba tiba berada jauh dari kalendar dan tangan Ida tiba tiba berada di atas kalendar.

10. Semasa Nik dan Jack berbual pasal siapa sebenarnya Tok Malam, ada cahaya kilat memancar2. Kalau korang dengar baik baik, setiap kali cahaya ‘kilat’ muncul, akan ada bunyi cas eletrik. Bunyi guruh hanya sedetik dua je dimasukkan. Dari mana lagi bunyi eletrik tu datang kalau tak dari arus eletrik yang digunakan untuk buat kilat tu kan...

11. Kedudukan bantal kerusi berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot. Malah kedudukan Nik dan Jack juga berubah selepas syot bertukar.

12. Baju Tok Malam tiba tiba ada koyak selepas bertukar syot.

11 comments:

Anonymous said...

wa tabik mata lu bro :)

relevan said...

Sudah tengok kat aStro first boleh tahan juge filem ni..

black_mel said...

haha,,terbaik..aku tgk citer tu kat wayang,x perasan lak benda2 tu..tp yg pasti citer x seram..hehe..

[sutera kasih] said...

telitinya mata kamu..

Bungakopi said...

huhuh

Anonymous said...

wa rasa lu patut buat filem lu sendri la bro,,,,,mcm gampang,,,bknnya nk sokong tp kritik ade la,,,,

Anonymous said...

bgus la u ni..sgt teliti..i pun slalu bengang je ngn citer xkemas.

Diary87 by anak jati Maludam said...

rasanya pic yang last tu pasal baju koyak tu betul kot....pic pertama tu kan kena tutup oleh kain kat bahu dia tu...bandingkan posisi kain kat bahu dia tu...

ErnieFaizal Siti said...

Kadang-kadang perasan jugak mistake yang kecik mcm ni..tapi xpelah..asal x rosakkan mood,saya pejam mata je..hehe..

Blogberry Emry said...

to me...hujah utk num 5 tu sil tgok balik scene minit ke 11:34 ada lorong belok ke kiri yg kosong. Jadi wajar jika van putih tu bgerak laju sbb dia nak belok kiri...kaaannn?

Blogberry Emry said...

Hujah no. 12 pun aku tak setuju & nak bangkang sebab tok malam tu mmg pakai baju koyak di dada kiri.

Untuk lebih pasti sila lihat scene waktu Nik melepaskan tgn dari pegangan tgn zura.

Thank you.