Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, November 18, 2013

Vikingdom (2013)

1. Darah pada muka jadi bertambah banyak selepas tukar syot. 

2. Thor humban seorang penyerang ke belakang. Sebelum penyerang tu jatuh, syot bertukar. Penyerang tu hilang entah ke mana masa penyerang kedua masuk. 

3. Tombak / panah di badan beruang yang berada dalam posisi menegak dilihat condong dalam syot2 lain. 

4. Masa Eric muncul dari balik pokok, satu tombak yang berada di badan beruang beralih dari sebelah kiri ke sebelah kanan. 

5. Masa Eric basuh lengan, korang akan nampak air berdarah bergerak melalui celah celah batu. Peliknya, bila tukar syot, korang akan nampak yang batu2 tu tak ada pun di kawasan Eric basuh tangan. Darah tersebut lebih pendek dan hanya bergerak ke arah beruang yang tersadai. 

6. Visual pemandangan luar rumah Eric berubah. Dari kawasan hutan tiba tiba menjadi kawasan gunung. 

7. Dua papan yang berada di depan pokok hilang selepas tukar syot. 

8. Bekas atas kotak tiba tiba terbaring selepas tukar syot walaupun masa tali dibuka, bekas tu tak jatuh pun. Masa mamat Cina tu keluar dari kotak, bekas tu ok semula. 

9. Batang kayu yang ada atas kotak sekejap ada sekejap tak ada between syot. 

10. Kawan Eric bergerak ikut Eric dan berada di tepi kotak. Tukar syot, dengan megahnya dia berada di belakang kotak semula. 

11. Kayu yang terjulur sedikit di tepi kain biru tu hilang selepas tukar syot. 

12. Gelas Yang tiba tiba berubah posisi walaupun tak disentuh oleh sesiapa. 

13. Raja Viking yang senget ke kanan tetiba senget ke kiri lepas tukar syot. 

14. KANTOI: Masa Eric tikam seorang penyerang kat kepala, korang akan nampak yang tikaman tu bergerak gerak dan tidak melekat di kepala yang ditikam. CGI yang kurang kemas. 

15. Kristal tu berada di atas daratan. Tukar syot, kristal tiba tiba berada di tepi gigi air. 

16. Masa Eric kena gigit, tak ada pun kesan gigit. Masa dia nak ambil horn tu, tiba tiba kesan gigit muncul di belakangnya. 

17. Masa Eric kata ‘father, now!’, horn tu tetiba ada kat gadis2 kuning tu dalam satu syot. Padahal, dalam syot sebelum itu, horn tu dah ada kat tangan Eric. 

18. Pedang ayah Eric tetiba saja meninggi selepas tukar syot. 

19. Tangan Alcuin berubah posisi diantara dua syot. 

20. KANTOI: Cemeti yang digunakan untuk pukul Eric tidak mengena pun belakang Eric. Jika diamati, tali cemeti lebih pendek dari jarak / kedudukan Eric dan juga pemegang cemeti. 

21. Korang akan sedar yang struktur dinding close-up dan syot satu lagi tu berbeza. 

22. KANTOI: Masa Brynna bangun, ada dialog yang dia tuturkan. Tapi, bibirnya tidak bergerak. Menunjukkan beberapa syot telah dipotong atas dasar sensitivity mungkin. 

23. Rantai yang mengikat kain kat belakang Thor kemas semula selepas tukar syot lepas membelasah. 

24. Penukul Thor tu jatuh betul betul depan takhta. Tukar syot, masa Thor berjalan, penukul tu jatuh jauh pulak dari takhta. 

25. Kena tikam. Darah memercik. Tapi, tukar syot, kat baju darah sikit pun xde. 

26. Kapak atas tanah berubah kedudukan selepas tukar syot. 

27. Masa Eric diangkat Thor sambil kaki Eric melilit leher Thor, korang akan perasan yang kedudukan penukul Thor berubah kedudukan tiba tiba. 

28. Kedudukan Brynna berubah selepas tukar syot.

No comments: