Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, December 28, 2011

Sumpahan Puaka (2011)

1. Api di tepi pintu hilang secara tiba tiba selepas tukar syot.

2. Api di luar rumah muncul tiba tiba sedangkan tiada sumber api pun dilihat di luar rumah.

3. Tali beg yang berada di atas bahu berada di lengannya secara tiba tiba lepas tukar syot.

4. FAKTA ATAU AUTA: Di akir cerita, dua orang pemuda menjelaskan yang Kampung Sepat, yang mana menurut deskripsi Sudin, ianya berada di sebelah landasan keretapi, sudah musnah dijilat api. Kampung itu tidak wujud dan realitinya, tiada apa apa di seberang landasan kereta api. Tetapi, dalam syot ini, korang akan lihat dua biji rumah yang tak sepatutnya ada untuk menggambarkan kawasan kubur dan Kampung Sepat yang musnah. Rumah elok lagi plak tuh. Jika dua orang lelaki tadi merujuk Kampung Sepat bukan berada di seberang landasan belakang mereka (mungkin di seberang landasan yang jauh dari tempat perbualan), mereka tak sepatutnya tunjuk tangan mereka ke belakang. Mereka sepatutnya menunjuk ke arah kiri, ataupun kanan, merujuk dari mana Sudin datang.

No comments: